Friday, June 12, 2009

Pengenalan..

Pada masa sekarang,wujud satu kecenderungan(trend) masyarakat kita menggunakan gelang bermagnet(magnet bracelet) sebagai alternatif perubatan.Di tengah-tengah gelombang trend baru ini,maka Pusat Rawatan Aura tampil memperkenalkan produk yang mempunyai medan elektromagnet(EMF) secara alami,tanpa melalui proses pembuatan manusia(man-made) sebagaimana produk-produk yang sedia ada di pasaran sekarang.

Produk ini merupakan salah satu keluaran terbaik yang dihasilkan oleh salah seorang geomologist Asia yang juga merupakan pakar penyelidik fosil dan mineral bagi kerajaan Brunei Darussalam.Tidak asing lagi,beliau ialah Dr Hisham Bin Hashim.Beliau juga sering dijemput untuk memberikan ceramah di pusat-pusat pengajian dan universiti di Malaysia,Brunei,Indonesia,serta Mesir.

Bahan mentah yang digunakan bagi menghasilkan produk ini adalah merupakan penemuan sendiri oleh Dr Hisham Hashim di bumi Malaysia ini.Batu ini adalah merupakan ibu batu buluh. Ia juga telah dihantar ke makmal Jabatan Mineral dan Geosains(JMG) di Bandaraya Ipoh untuk melalui ujian XRD iaitu Belauan Sinar X.

Batuan ini juga telah dihantar ke Makmal Batu Permata Asia dan telah dikurniakan sijil AGL oleh geomoligist yang bertaraf GIA. Agl ialah Asia Geomoligist Laboratory.

Tentu ramai di kalangan kita tertanya-tanya: kalaulah ia batu buluh,kenapa terdapat dalam jumlah yang banyak(abundant)? Di sini kita hendaklah fahami bahawa bukan semua batu buluh terdapat di dalam pokok buluh. Manakala juga,kandungan kimia batu yang ditemui di dalam buluh dan yang diperolehi oleh Dr Hisham sendiri adalah serupa(match). Jika terdapat sebarang pertanyaan mahupun kemusykilan,
SILA HUBUNGI SAYA SEPERTI DIBAWAH :

MASTER MOHD KASYFULLAH B .ZAINON
PAKAR DI DALAM KHIDMAT
NASIHAT BATU PERMATA
019-4771009

Monday, May 4, 2009

Banyak membaca,atasi lupa.

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Mungkin terlupa tarikh penting,terlupa letak barang, terlupa makan ubat,terlupa fakta penting,terlupa menutup lampu,terlupa arah jalan,terlupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya,kita dapat meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko ini dengan
mengamalkan sesuatu secara berterusan. Antaranya adalah dengan memperbanyakkan membaca. Jadikan amalan membaca sebagai rutin harian. Ia bukan hanya dapat meluaskan pengetahuan,mengembangkan minda bahkan dapat menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan. Lebih baik jika kita mempraktikkannya ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak mrnjadi terlalu pelupa.

Cintailah Diri Sendiri!

a. Hentikan segala kritikan,terimalah diri anda seadanya.

b. Sokonglah diri sendiri,benarkan juga kawan-kawan membantu.

c. Pujilah diri sendiri kerana kritikan meruntuhkan kekuatan rohani.

d. Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan.

e. Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan
pemikiran.

f. Bersikap lemah-lembut,baik hati dan sabar.Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda.

g. Usah membenci musuh-musuh ,sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat
membantu apabila diperlukan nanti.

h. Ambil berat tentang kesihatan,baik dari sudut pemakanan mahupun senaman.

i. Cermin diri,luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri.

7 Peringatan Berhikmah - Bahagia hidup,Tenang jiwa..

  1. Jangan sesekali bersangka buruk kepada Allah SWT. Syaitan dan nafsu kita sentiasa membawa fikiran kita kepada buruk sangka pada Tuhan.
  2. Berfikir dan mengingati perkara yang baik dan bermanfaat.
  3. Sentiasa ingat segala nikmat dalam hidup kita.
  4. Allah SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan tetap akan menyayangi kita dari segala aspek dan keburukan datang adalah sebab perbuatan kita sendiri.
  5. Hidup ini hanya sementara sahaja - tidak ada seorang pun yang pernah hidup lebih dari tiga generasinya.
  6. Sayanglah Nabi SAW kerana baginda amat menyayangi umat sehingga ke akhir hayat baginda dan sentiasa mendoakan untuk umatnya baik di dunia,di kubur dan akhirat kelak.
  7. Bersyukur dalam segala keadaan dan tidak ada yang buruk akan menimpa dirimu - Kerana ALLAH SWT akan memeliharanya dalam semua keadaan oleh kerana keadaannya.

4 Cara Elak Mengumpat..

1. Bersolat & mohon ampun pada yang bersalah.

2. Jauhkan diri dari aktiviti-aktiviti yang melibatkan perbualan kosong.

3. Berbuallah kepada perkara-perkara yang memajukan diri.

4. Jadikan matlamat diri untuk tidak mengumpat.