Monday, May 4, 2009

Banyak membaca,atasi lupa.

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Mungkin terlupa tarikh penting,terlupa letak barang, terlupa makan ubat,terlupa fakta penting,terlupa menutup lampu,terlupa arah jalan,terlupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya,kita dapat meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko ini dengan
mengamalkan sesuatu secara berterusan. Antaranya adalah dengan memperbanyakkan membaca. Jadikan amalan membaca sebagai rutin harian. Ia bukan hanya dapat meluaskan pengetahuan,mengembangkan minda bahkan dapat menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan. Lebih baik jika kita mempraktikkannya ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak mrnjadi terlalu pelupa.

No comments: