Monday, May 4, 2009

Cintailah Diri Sendiri!

a. Hentikan segala kritikan,terimalah diri anda seadanya.

b. Sokonglah diri sendiri,benarkan juga kawan-kawan membantu.

c. Pujilah diri sendiri kerana kritikan meruntuhkan kekuatan rohani.

d. Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan.

e. Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan
pemikiran.

f. Bersikap lemah-lembut,baik hati dan sabar.Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda.

g. Usah membenci musuh-musuh ,sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat
membantu apabila diperlukan nanti.

h. Ambil berat tentang kesihatan,baik dari sudut pemakanan mahupun senaman.

i. Cermin diri,luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri.

No comments: