Saturday, November 14, 2009

DELIMA RAJA PERMATA

Ada pendapat mengatakan bahawa permata delima adalah raja permata, sementara ada pendapat lain mengatakan bahawa berlian adalah raja permata. Menurut ahli kitab Injil, batu delima adalah yang paling berharga semasa tuhan mencipta 12 batu permata lain di dalam dunia ini.

Di dalam bahasa purba Sanskrit, batu delima dikenali dengan nama Ratnaraj atau Ratnanayaka yang bermaksud Raja Permata. Di antara hujah yang mengatakan bahawa batu delima lebih bernilai daripada berlian (diamond) adalah kerana harganya. Sebagai contoh, pada bulan Mei tahun 1995, sebuah syarikat pelelong terkenal di Geneva iaitu Sotheby telah menjual delima Burma seberat 27.37 karat pada harga US$4 juta (RM 15.2 juta), kira-kira US$146.145 (RM555.351) bagi setiap karat. Manakala sebiji berlian bersaiz buah pir seberat 102 karat hanya berharga US$125.000 (RM475.000) sahaja.

Sumber batu delima yang paling terkenal ialah di Myanmar, dimana lombong-lombong delimanya dikatakan adalah lebih tua dari sejarah tamadun manusia sendiri. Ini adalah kerana peralatan perlombongan dari zaman purba batu dan zaman purba gangsa telah dijumpai di sekitar lombong tersebut.

Penulis pernah menziarahi tempat-tempat menjual batu delima dari Myanmar dan penulis sempat membeli seketul batu delima yang belum diproses semasa berada di sempadan Myanmar.

Permata delima yang terbaik di Myanmar datangnya daripada daerah Mogok. Namun perjalanan ke Mogok adalah agak sukar kerana kedudukannya agak jauh ke utara Myanmar. Tambahan pula, sistem pengankutannya sangat sukar dan jalan-jalannya sangat teruk.
DELIMA BINTANG

Mengikut satu kepercayaan masyarakat timur, mereka mengatakan bahawa permata delima yang mempunyai bintang di dalamnya adalah disebabkan oleh tiga unsur semangat yang terpendam iaitu semangat kepercayaan, semangat harapan dan semangat matlamat. Mengikut kepercayaan mereka lagi, sinaran bintang terdapat di dalam batu nilam.
Pada masa dahulu, batu delima yang terbaik ditemui di India. Ia dimiliki oleh Sultan Of Delhi. Ia dipamerkan kepada orang ramai semasa majlis-majlis tertentu sahaja. Sejarah mencatatakan bahawa kota Delhi pernah diserang dan ditawan oleh Timurlane dari Samarkand. Timurlane seorany yang sangat kejam. Dia telah memenggal kepala semua tawanan dan menghimpunnya hingga kelihatan seperti piramid. Dia juga telah merampas semua harta Sultan Of Delhi termasuklah batu delima tersebut. Tidak berapa lama selepas itu, batu delima tersebut telah bertukar tangan ke The Great Mogul Jehangir, dan selepas itu dimiliki pula oleh Shah Jehan. shah Jehanlah yang membina Istana Taj Mahal yang cantik dan terkenal seperi Koh 'i' Noor, Akhbar Khan dan permata-permata lain yang pernah dimiliki oleh The Great Mogul.

Pada tahun 1747, seorang penakluk dari Parsi bernama Nudiris telah ditawan dan akan dihukum bunuh. Sultan darripada Afghasnitan telah berjaya menyelamatkannya daripada dibunuh. Sebagai balasan, beliau telah menghadiahkan sebutir permata delima kepada sultan tersebut. Pada tahun 1849, peperangan kaum Sikh (Punjabi) telah tercetus. Permata delima tersebut telah dijual kepada Syarikat East India Company dan dihadiahkan kepada Queen Victoria. Permata delima tersebut diabadikan pada Mahkota DiRaja British hingga sekarang.
BATU DELIMA DAN NILAI PERUBATANNYA

Mengikut kajian ahli fizik pada tahun 1300, mereka mangatakan bahawa batu delima adalah sangat baik untuk mengekalkan dan menguatkan tubuh badan dan mental pemakainya.
Pada kurun ke 14, Sir John Manderille telah mencatatkan di dalam catatannya dengan mengatakan sesiapa yang menanam batu delima di setiap penjuru tanahnya nescaya tempat tersebut akan terlindung daripada panahan petir (lightening). Jika tuan tanah mengerjakan tanah tersebut, ia akan mendapat hasil yang berlipat kali ganda banyaknya. Mengikut catatan seorang Inggeris bernama Camilo Leonardo, beliau mengatakan batu delima adalah sangat baik untuk menghindarkan kuasa-kuasa sihir.

Di dalam buku Complete Chemical Dispensatory ysng ditulis oleh Dr Schroeder's pada tahun 1669, mengatakan adalah sangat baik seandainya kita mencuba kebaikan yang ada pada delima dengan cara memasukkannya ke dalam mulut dan terus mengulum selama beberapa minit. Antara khasiatnya ialah menghindarkan keracunan, menghilangkan kemurungan, menghilangkan mimpi buruk, menenangkan fikiran dan mrnghilangkan kesan peradangan (inflamatory). Batu delima yang ditumbuk halus menjadi serbuk boleh digunakan untuk merawat penyakit peradangan, masalah tidur dan mimpi buruk, sakit mata dan masalah paru-paru. Batu delima akan bertukar warna menjadi merah tua apabila pemakainya menghampiri bahaya dan warnanya kembali normal apabila pemakainya melepasi bahaya.

Untuk beberapa abad lamanya, pahlawan-pahlawan di Asia dan Malaysia yakin bahawa memakai permata delima yang berkualiti dan terang warnanya boleh menjadikan pemakainya kebal daripada sebarang jenis senjata besi seperti parang, pisau, tombak dan keris. Di Burma, mereka telah menanam batu delima ke dalam daging mereka agar menjadi kebal. Khasiatnya sama seperti batu geliga buluh yang perlu dimasukkan di antara kulit dan daging untuk kebal. Kenyataan ini adalah berdasarkan Marco Polo.

DELIMA

DELIMA

Pada tahun 1992, delima telah ditemui di Utara Vietnam iaitu di daerah Nghe An, sebuah daerah yang agak mundur dan berada di bawah kawalan tentera. Apabila batu delima ini ditemui, pedagang-pedagang permata delima dari Thailand telah datang untuk membeli dengan harga tunai. Harga untuk sebiji permata ialah delima Vietnam ini boleh mencecah harga ribuan ringgit. Di Burma, delima telah mula dicari pada tahun 1579 oleh pembunuh upahan di daerah Molmeik. Di Mogok, setiap permata yang dijumpai adalah milik raja dan permaisuri. Kegagalan untuk menyerahkan batu delima yang besar kepada raja boleh membawa kepada kematian.

Pada tahun 1661, Nga Mauk seorang pelombong telah menjumpai seketul permata delima yang cantik. Ketika dalam perjalanan ke istana, delima tersebut telah patah. Oleh itu, Nga Mauk telah menyerahkan sebahagian dari delima tersebut kepada raja dan menjual sebahagian lagi kepada orang lain. Selepas itu, raja telah mengadakan majlis keramaian di istana di Mandalay. Di dalam majlis tersebut, baginda telah menunjukkan kepada orang ramai kecantikan batu delima tersebut. Tiba-tiba, seorang pedagang India telah berkata bahawa batu delima tersebut hanya separuh. Raja menjadi murka dan memerintahkan agar Nga Mauk ditangkap. Selepas itu, Nga Mauk telah dibakar hidup-hidup di Laung Zin yang bermakna pentas ketakutan.

Pada tahun 1885, delima Nga Mauk telah hilang. Ini berlaku selepas kerajaan British menggulingkan Raja Thibaw, raja terakhir Myanmar dan menutup istana di Mandalay. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan British telah merampas dan memotong delima tersebut untuk diletakkan pada mahkota raja mereka. Sementara pendapat yang lain menyatakan bahawa delima Nga Mauk telah dicuri oleh orang gaji Raja Thibaw.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Sempurna. Dari Allah sesuatu itu datang, kepada sesuatu itu kembali.

Penulis bernasib baik kerana berjaya mendapat seketul batu permata delima Mogok yang masih berada di dalam keadaan asal iaitu belum diproses. Sungguhpun Mogok adalah tempat terdapatnya delima terbaik dunia, namun tidak kesemua permata delima Mogok itu cantik dan tinggi kualitinya, kerana di Mogok itu sendiri terdapat berbagai jenis kualiti permata delima. Delima yang dimiliki pemilik bukanlah dari yang baik kualitinya, tetapi penulis bersyukur kerana berjaya memiliki sebutir permata delima daripada Mogok.

Friday, November 13, 2009

NILAM SRI LANKA

Bilamana kita memperkatakan tentang delima, sudah tentu kita teringatkan Myanmar, bila kita memperkatakan tentang batu nilam, kita tidak akan lupa dengan negara Sri Lanka yang begitu kaya dengan batu-batu permatanya yang bermacam-macam jenis. Batu nilam daripada Sri Lanka adalah merupakan yang palinh baik di dunia.

Warna biru yang terdapat pada batu nilam adalah kerana terdapatnya titanium dan iron di dalamnya. Batu nilam daripada Sri Lanka dan Nepal hampir sama terlalu sukar untuk membezakannya kecuali mereka ynag mengenali ciri-cirinya. Batu nilam (sapphire) diambil dari bahasa Greek iaitu Sapphirus. Dalam bahasa kuno, ianya dipanggil Sauriratna di Sri Lanka.

Sekarang, kebanyakan permata nilam dari Sri Lanka yang terbaik berada di Smithsonian Institute di New York.