Saturday, November 14, 2009

BATU DELIMA DAN NILAI PERUBATANNYA

Mengikut kajian ahli fizik pada tahun 1300, mereka mangatakan bahawa batu delima adalah sangat baik untuk mengekalkan dan menguatkan tubuh badan dan mental pemakainya.
Pada kurun ke 14, Sir John Manderille telah mencatatkan di dalam catatannya dengan mengatakan sesiapa yang menanam batu delima di setiap penjuru tanahnya nescaya tempat tersebut akan terlindung daripada panahan petir (lightening). Jika tuan tanah mengerjakan tanah tersebut, ia akan mendapat hasil yang berlipat kali ganda banyaknya. Mengikut catatan seorang Inggeris bernama Camilo Leonardo, beliau mengatakan batu delima adalah sangat baik untuk menghindarkan kuasa-kuasa sihir.

Di dalam buku Complete Chemical Dispensatory ysng ditulis oleh Dr Schroeder's pada tahun 1669, mengatakan adalah sangat baik seandainya kita mencuba kebaikan yang ada pada delima dengan cara memasukkannya ke dalam mulut dan terus mengulum selama beberapa minit. Antara khasiatnya ialah menghindarkan keracunan, menghilangkan kemurungan, menghilangkan mimpi buruk, menenangkan fikiran dan mrnghilangkan kesan peradangan (inflamatory). Batu delima yang ditumbuk halus menjadi serbuk boleh digunakan untuk merawat penyakit peradangan, masalah tidur dan mimpi buruk, sakit mata dan masalah paru-paru. Batu delima akan bertukar warna menjadi merah tua apabila pemakainya menghampiri bahaya dan warnanya kembali normal apabila pemakainya melepasi bahaya.

Untuk beberapa abad lamanya, pahlawan-pahlawan di Asia dan Malaysia yakin bahawa memakai permata delima yang berkualiti dan terang warnanya boleh menjadikan pemakainya kebal daripada sebarang jenis senjata besi seperti parang, pisau, tombak dan keris. Di Burma, mereka telah menanam batu delima ke dalam daging mereka agar menjadi kebal. Khasiatnya sama seperti batu geliga buluh yang perlu dimasukkan di antara kulit dan daging untuk kebal. Kenyataan ini adalah berdasarkan Marco Polo.

No comments: