Wednesday, June 11, 2008

ISTERIKU...

Itu hanyalah luahan rasa seorang suami...pada saya saya sudah cukup bertuah kerana telah dikurniakan seorang isteri yang begitu memahami diri saya..Saya sangat berterimakasih kepadanya kerana telah banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat saya berjaya.Dia sanggup naik turun ke shah alam bersama saya demi untuk mencari ilmu...pergorbanannya meninggalkan perniagaan restoran yang telah diusahakannya selama 7 tahun hanya untuk bersama sama saya membangunkan PUSAT RAWATAN AURA DAN SPA POSITIF sangat sangat saya hargai dan berjanji akan membayar balik segala pergorbanan itu dengan sebuah Kejayaan...Nilai Kudrat seorang wanita yang ALLAh kurniakan begitu besar sekali...Saya melihat bagaimana dia begitu sabar menguruskan kerjakerja rumah kemudian ke kedai kami serta menjaga anak,urusan akan pakai saya,dia juga yang uruskan tanpa ada pembantu..Semoga ALLAH memberi rahmat kepadanya...Dialah isteri,kawan dan juga musuh..Dimana ada saya,disitulah ada dia..semoga rumahtangga kami kekal bahagia selamanya....

20..Luahan Perasaan Suami...

  1. "Isteriku,Iktiraflah kelakianku".
  2. "Isteriku,jagalah rumahku."
  3. "Isteriku,Janganlah leteri aku."
  4. "Isteriku,fahamilah perasaanku"
  5. "Isteriku berbincanglah dangan ku".
  6. "Isteriku,hiasilah dirimu"
  7. "Isteriku,Berlemah lembutlah denganku"
  8. "Isteriku,Hargailah pemberian ku"
  9. "Isteriku,berterusterang dan berkomunikasilah denganku"
  10. "Isteriku,jagalah makan minumku"
  11. "Isteriku,jagalah pakaianku"
  12. "Isteriku,didiklah anak2ku"
  13. "Isteriku,railah keluagaku"
  14. "Isteriku,sembunyikanlah kepintaran &kelebihanmu"
  15. "Isteriku,janganlah membuang masamu".
  16. "Isteriku,janganlah banyak kerenah."
  17. "Isteriku,patuhilah padaku"
  18. "Isteriku,janganlah cemburu buta"
  19. "Isteriku,tunjukkanlah sifat sabarmu"
  20. "Isteriku,Bantulah kejayaanku..."

Lagi Tip Untuk Lelaki Yang Bergelar Suami....

  • Isteri adalah manusia yang dilahirkan dgn perasaan yang beremosi,mereka akan berasa gembira apabila mereka hidup dgn tenang dan aman.
  • Dalam hubungan suami isteri,kita perlu berbincang dan menerima juga pendapat isteri walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi.
  • Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada isteri,luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik,ini memberi semangat kepadanya untuk terus "berhidmat" kepada anda.
  • Sesiapa sahaja akan gembira jika di beri hadiah,tambahan lagi pada isteri,tidak perlu hadiah mahal tetap kalau mahal lagi bagus,makin sayang isteri kat kita.
  • Cuba penuhi hajat isteri,jika dia ingin melancong,tapi tak mampu untuk keluar negeri,cukuplah jika dapat membawanya ke Langkawi...Boleh tapping,ernergi Mahsuri,makin cantik isteri kita nanti...
  • Sekali sekala,cuba take over tugas isteri..kita pulak yang masak dan uruskan rumah..Bagi isteri rehat...tentu dia bangga dapat suami seperti anda....

Tip ini bukan untuk ANDA sahaja tetapi juga untuk diri saya agar dapat membentuk satu keluaga bahagia....semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dan sentiasa belajar dari masa lalu....

Sunday, June 8, 2008

Tips suami romantik....


Cubalah tip-tip di bawah,saya dah cuba sampai isteri saya yang makan jamu saya yang ketandas berkali-kali..lembik badan saya dibuatnya..saya tanya dia berapa biji nonaroguy yang dia telan,dia jawap enam biji,masya-allah..patutlah saya ke tandas berkali-kali,dia yang makan jamu saya turut jadi mangsa tapi tak pa juga walaupun letih kurang-kurang dapat lah menurunkan perut saya yang makin nak membuncit nie.. anda tahu kenapa jadi macam tu..Kerana Dua Hati Jadi Satu,jadi anda cubalah tip-tip menjadi suami romantik,jika tidak menjadi juga,datanglah berjumpa saya,itu tandanya anda perlukan rawatan..Kita boleh buat Rawatan Reiki,untuk merawat semula lubuk jiwa hati anda....

Untuk Seorang LELAKI yang Bergelar SUAMI.....

Saya seorang suami seperti Anda...Ingin Kongsi Tip bersama anda..Tip untuk Menjadi Tip suami Romantik...
  • Utamakan isteri dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam hidup.Biarkan dia rasa dirinya adalah yang terpenting dalan hidup anda.
  • Sebaik pulang dari kerja ambil masa beberapa saat untuk memberi pelukan kasih sayang pada isteri.
  • Sesekali berikan pujian pada isteri anda..pasti dia gembira.
  • Cubalah peka dengan perubahan yang dia cuba lakukan walaupun kecil dan berikan pujian yang sewajarnya.
  • Bila ada kesempatan,belilah hadiah buat isteri pasti perasaannya makin sayang kepada anda apatah lagi hadiah itu diberi secara kejutan.
  • Beradalah disisinya disaat dia memerlukan anda dan berilah sokongan serta semangat kepadanya.
  • Jika isteri anda jatuh sakit,ambil berat,duduk disampingnya dan peganglah tangannya serta usaplah rambutnya perlahan-lahan,pasti cepatlah dia baik...
  • Jangan mengharapkan pasangan anda untuk bersikap romantis jika anda sendiri tidak bersikap demikian,kasih sayang adalah saling memberi dan menerima.
  • Sesekali tinggalkan nota kecil kepadanya walaupun sekadar menulis "I Love You"..pasti hatinya berbunga punya...
  • Sesekali cuba mengimbau kenangan saat-saat bercinta dahulu,tentu isteri anda akan rasa syahdu punya..rupa-rupanya anda masih mengingati kenangan lalu,maklumlah orang lelaki nie jarang nak ingat benda-benda remeh-temeh nie....
  • Tidak kira ulang tahun perkahwinan utau kelahiran,tunjukan bahawa anda mengambil berat tentang hari tersebut dan melayannya dengan istimewa.
  • Sebagai tanda anda turut menghargainya sebagai ibu kepada anak-anak anda,beri layanan istimewa kepadanya sempena hari ibu.pasti dia terharu...
  • Anda hanya memerlukan dua minit sahaja untuk menyatakan rasa sayang anda pada isteri tidak kira melalui sms atau telefon.
  • Kadangkala suami terlalu sibuk untuk mendengar luahan isteri perasaan isteri,cubalah beri perhatian bila mereka cuba meluahkan isi hati dan ini membuatkan mereka berasa anda mengambil berat tentang mereka.
  • Jika isteri berasa sedih atau bimbang,pujuk dan peganglah tangannya dan pinjamkan bahu anda sebagai tempat dia menangis walaupun dia mungkin tak minta.
  • Walaupun secantik mana pun anda melihat wanita lain,yakinkan perasaan anda bahawa perasaan anda hanya untuk isteri anda sahaja.
  • Ada suami yang sukar untuk memuji isterinya tapi tahu kah anda bahawa pujian itulah yang boleh tingkatkan keyakinannya.
  • Sesekali lakukan aktiviti kerja rumah bersama seperti sidai kain atau mengemas rumah..pasti dia menghargai anda..bab sidai kain,saya selalu buat..kalau isteri nak p kelas arobik,siap saya jaga baby lagi...He..He..He..

Friday, June 6, 2008

KESEDARAN DIRI MENJERNIHKAN HATI

Hati kita umpama tanah tempat kita bercucuk tanam.Tanaman adalah idea,visi atau gagasan.Apabila tanah tersebut sudah tercemar dan rosak,maka tanaman juga turut rosak dan mati.Begitu juga halnya dengan idea dan gagasan,apabila tanam fikiran yang kotor maka yang tumbuh adalah tunas-tunas penyakit yang telah tercemar.Justeru,sebelum bertindak balas sesuatu permasalahan,melihat suatu peluang,menyusun rencana,atau mengambil sesuatu langkah,maka langkah terpenting dan pertama periksa dulu hati dan fikiran kita.....Apakah ia telah terbebas dari hama?

KEKUATAN AJAIB




Di Jepun para pensyarah mewajibkan pelajar mereka mengucapkan kalimat "saya Juara"! seratus kali dalam sehari dan teori ini di sebut Repetitive Magic Power.Hasil daripada pengulangan ini telah membuktikan negara Jepun sememangnya juara dalam bidang teknologi.Tanpa di sedari umat islam melakukan repetitive magic power apabila kita solat lima waktu sebanyak 270 kali dalam sebulan atau 3,240 kali setahun.Apabila kita melakukan solat 10 tahun maka kita telah melakukan repetitive magic power sebanyak 32,400 kali.Dengan jumlah pengulangan yang kita lakukan itu,seharusnya juga boleh menjadi JUARA!!!!


Banyak......

  • Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
  • Memberilah yang banyak agar menuai banyak.
  • Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
  • Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
  • Lihatlah yang banyak,agar bertambah pengalaman.
  • Dengarlah yang arahan,agar penuh pertimbangan.
  • Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak sesat.
  • Kerjalah,agar anak-anak tidak kekurangan.
  • Dan....
  • Banyaklah ketawa,agar awet muda.

Thursday, June 5, 2008

MENGADULAH PADANYA

Persoalan kehidupan ini banyak yang sulit.Siapa yang tidak akan bosan mendengar keluhan kita?Ya tentu saja Tuhan.Siapakah yang sesungguhnya punya penyelesaian ke atas masalah kita yang rumit dan menyesakkan itu?Ya tentu saja Allah,Tuhan kita.
Lalu bagaimana Allah akan menolong?Jalan yang paling sering adalah melalui kesempatan yang terbuka dan pertolongan manusia lain.Jadi,ketika kita 'berkeluh-kesah' kepada orang lain,carilah orang yang benar-benar boleh membantu.Hindari berkeluh kesah dengan semua orang kerana biasanya lebih banyak rugi berbanding untungnya.Berkeluh-kesah kepada sembarangan orang seringkali berakhir dengan kehinaan diri sendiri kerana aib yang terbuka kepada banyak orang.
Bila kita menyedari bahawa 'berkeluh-kesah' kepada orang lain hanya bertujuan untuk mencari penyelesaian,maka tentu kita akan pilih-pilih kepada siapa kita akan menceritakan permasalahan kita.Tentu saja hanya kepada orang-orang yang kita yakini akan menjaga nama baik kita,dan berpotensi memberikan bantuan yang kita perlukan(sebagai wujud pertolongan yang kita pinta dari Tuhan).Itupun kita sampaikan dalam bentuk 'bercerita' sahaja kepada manusia,dan sentiasa mengadu hanya kepada Tuhan,maka insya Allah akan terpelihara kemuliaan diri daripada kehinaan dalam pandangan manusia.
Jika anda menginginkan sebuah kehidupan yang tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan,maka hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan,tidak akan ada sesuatu yang membuat diri anda gentar menghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan sama sekali.Jangan terpancing dengan tipu daya yang mereka perbuat.Jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi pelbagai peristiwa,kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai.Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah,betapa berat goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya.

14 CARA JADIKAN DIRI ISTIMEWA

  1. Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah di sebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,fikirlah semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehnya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.
  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.Lupakan segala makin hamun,caci dan cela.
  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.

NIKMATILAH KEHIDUPAN YANG ADA

Sekumpulan pelajar mengadakan perjumpaan di rumah profesor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu.Mereka berbual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stres" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.Profesor tersebut kemudiannya masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas.Ada yang diperbuat dari procelain,plastik,kaca,dan kristal.Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut ke dalam cawan yang mereka sendiri pilih.Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing,profesor itu berkata:
"Jika anda semua perasan,semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil,yang tinggal hanya cawan yang biasa dan kelihatan murah.Adalah suatu yang normal anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan stres yang anda semua hadapi".
"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi,bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik.Dan lebih teruk daripada itu,anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi.Kerjaya,wang dan kedudukan anda dalam mesyarakat adalah cawan tesebut.Cawan hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah.Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.