Sunday, June 8, 2008

Untuk Seorang LELAKI yang Bergelar SUAMI.....

Saya seorang suami seperti Anda...Ingin Kongsi Tip bersama anda..Tip untuk Menjadi Tip suami Romantik...
  • Utamakan isteri dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam hidup.Biarkan dia rasa dirinya adalah yang terpenting dalan hidup anda.
  • Sebaik pulang dari kerja ambil masa beberapa saat untuk memberi pelukan kasih sayang pada isteri.
  • Sesekali berikan pujian pada isteri anda..pasti dia gembira.
  • Cubalah peka dengan perubahan yang dia cuba lakukan walaupun kecil dan berikan pujian yang sewajarnya.
  • Bila ada kesempatan,belilah hadiah buat isteri pasti perasaannya makin sayang kepada anda apatah lagi hadiah itu diberi secara kejutan.
  • Beradalah disisinya disaat dia memerlukan anda dan berilah sokongan serta semangat kepadanya.
  • Jika isteri anda jatuh sakit,ambil berat,duduk disampingnya dan peganglah tangannya serta usaplah rambutnya perlahan-lahan,pasti cepatlah dia baik...
  • Jangan mengharapkan pasangan anda untuk bersikap romantis jika anda sendiri tidak bersikap demikian,kasih sayang adalah saling memberi dan menerima.
  • Sesekali tinggalkan nota kecil kepadanya walaupun sekadar menulis "I Love You"..pasti hatinya berbunga punya...
  • Sesekali cuba mengimbau kenangan saat-saat bercinta dahulu,tentu isteri anda akan rasa syahdu punya..rupa-rupanya anda masih mengingati kenangan lalu,maklumlah orang lelaki nie jarang nak ingat benda-benda remeh-temeh nie....
  • Tidak kira ulang tahun perkahwinan utau kelahiran,tunjukan bahawa anda mengambil berat tentang hari tersebut dan melayannya dengan istimewa.
  • Sebagai tanda anda turut menghargainya sebagai ibu kepada anak-anak anda,beri layanan istimewa kepadanya sempena hari ibu.pasti dia terharu...
  • Anda hanya memerlukan dua minit sahaja untuk menyatakan rasa sayang anda pada isteri tidak kira melalui sms atau telefon.
  • Kadangkala suami terlalu sibuk untuk mendengar luahan isteri perasaan isteri,cubalah beri perhatian bila mereka cuba meluahkan isi hati dan ini membuatkan mereka berasa anda mengambil berat tentang mereka.
  • Jika isteri berasa sedih atau bimbang,pujuk dan peganglah tangannya dan pinjamkan bahu anda sebagai tempat dia menangis walaupun dia mungkin tak minta.
  • Walaupun secantik mana pun anda melihat wanita lain,yakinkan perasaan anda bahawa perasaan anda hanya untuk isteri anda sahaja.
  • Ada suami yang sukar untuk memuji isterinya tapi tahu kah anda bahawa pujian itulah yang boleh tingkatkan keyakinannya.
  • Sesekali lakukan aktiviti kerja rumah bersama seperti sidai kain atau mengemas rumah..pasti dia menghargai anda..bab sidai kain,saya selalu buat..kalau isteri nak p kelas arobik,siap saya jaga baby lagi...He..He..He..

No comments: