Thursday, March 19, 2009

SUJUD (lega sistem pernafasan)

Pada hal,kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia,malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam 2 bentuk,iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka mengalakkan kita bersujud lebih lama.

BEKERJALAH...

Kejayaan di dunia tidak cukup dengan melaksanakan solat,berzikir dan berdoa,tetapi juga harus disertai dengan membangunkan ekonomi individu,keluarga,mayarakat dan negara.

SENI ITU INDAH..

Melukis gambar,menghias bilik,menggubah bunga,menulis sajak,memasak,membakar biskut dan kek.Kesemua ini merupakan di antara aktiviti yang melibatkan sentuhan seni.Kepuasan yang anda rasai saat anda menyudahkan kesemua aktiviti ini adalah rahsia untuk hidup sihat dan lama.Sememangnya aktiviti-aktiviti sebegini memberikan kuasa mutlak kepada anda untuk menentukan apa yang hendak dilakukan.Hal ini sekali gus membuatkan anda berasa tenang,bebas dan tidak terikat dengan apa-apa,buat seketika.Ia juga merupakan resepi yang sesuai untuk melakukan sesuatu dengan jayanya.Jelas sekali,seni itu indah...

Sunday, March 1, 2009

Muhammad Saifullah Muzhaffar


Nama diberi untuk anak ini Muhammad Saifullah Muzhaffar .Isteri saya mendapat dari dalam mimpi sewaktu kandungannya hampir ke 8 bulan..Anak 'Reiki"yang selalu saya reiki semenjak dari dalam perut lagi..dan dia melalui dugaan sejak dilahirkan dan dgn penyakit kuning yang tinggi dan sewaktu usianya tiga bulan,dadanya dibedah untuk buang darah kotor akibat jangkitan kuman namun dia kuat menempuhnya cuma mamanya yang gelabah lebih..setelah itu dia membesar dgn baik,waktu umurnya 6bulan,dia tumbuh gigi sekali gus 6 batang.usia 7 bulan,macam2 dia buat,merangkak ,memanjat semuanya sekali mungkin berkat ubat E booster,sapa berminat boleh hubungi saya,dan sehinggalah dia demam baru2 ini dan sekarang dia dah pandai mengajar mama dan papa dia macam2 kalau dia hendak yang itu,yang itu jugalah dia hendak.Tidurnya hanya 2 jam pada waktu siang,dan pada waktu malam pula jam 10 malam,baru dia tidur sehingga subuh.



Namun setelah sebulan baby keluar hospital,dia sekali lagi diserang demam panas dan dimasukan ke hospital selama 3 hari,terima kasih sekali lagi buat pakngah dan maknjang serta paknjang yang datang melawat dan untuk kawan2, lynnda yang turut membantu dalam rawatan jarak jauh ..rupanya kali ini Saifullah Muzhaffar terkena demam campak pulak..Aduh..Dugaan Allah datang menguji saya dan isteri lagi,namun kami harus bersabar dan cuba untuk melaluinya dengan tenang dan tabah..Aku redha,aku pasrah,aku ikhlas....Bermulanya Febuary..Alhamdulillah semuanya bertambah baik,Terima Kasih Allah kerna memberi kesihatan yang baik kepada Saifullah muzhaffar dan alhamdulillah anak kecil itu berjaya lalui dugaan keatasnya..dan selepas itu dia terus pandai jalan..Insyaallah keadaan akan lebih baik dan semoga saya akan dapat updatekan blog saya selalu..terima kasih kapada yang sudi membuka blog saya dan buat isteri tercinta-semoga dugaan,rintangan dan kedukaan yang mendatang kita tempuhi bersama
Pada 27.dec.2008,baby saya menyambut ulang tahunnya yang pertama,sehari selepas kepulangan Master Hazil dan warga IQBC ke Kuala Lumpur..dia diserang demam yang berpanjangan dan di masukan ke hospital kerana demam yang tinggi dan mata dan mulut yang kemerahan..rupanya dia terkena demam coxakie..enam hari dia di hospital dan menyambut tahun baru di sana.terima kasih buat Master Hazil yang membantu untuk rawatan anak saya dari jauh dan kepada pakngah yang setia melawat baby,maktam yang susah2 bawa nasi clapot untuk saya dan isteri,maknjang yang bawa kuah gulai dan roti banggali dan tak lupa juga untuk untie dan pakcik li yang bawa gulai kepala ikan..mama dan papa baby yang kenyang..