Tuesday, August 26, 2008

Kebahagiaan Sejati..

Banyak orang yang sukar mendapatkan kebahagiaan kerana mereka mencari kebahagiaan 'semu',iaitu kebahagiaan yang yang hanya dirasakan apabila mereka berhasil mendapatkan atau meraih sesuatu yang di luar dirinya.'Sesuatu' itu mungkin berupa harta benda,populariti,nama baik,harga diri,kekuasaan dan lain-lain.Apabila seseorang mendefinasikan kebahagiaan seperti ini,maka kebahagiaan yang diperoleh adalah kebahagiaan yang bersifat sementara dan berlangsung dalam tempoh yang singkat.
Banyak yang tidak menyedari bahawa kebahagiaan dapat digali dari dalam diri sendiri.Apabila seseorang telah berhasil menemukan kebahagiaan yang ada dalam dirinya,maka orang itu akan selalu merasa bahagia dalam biar apa pun terjadi.
Kebahagiaan ini tercapai apabila kita selalu berasa tenang,damai dan ceria dalam segala situasi.Orang yang telah menemukan kebahagiaan dalam dirinya biasanya dapat menerima kenyataan tentang apa yang terjadi dengan besar hati.

Kebahagiaan Adalah Kesederhanaan..

Sewaktu kecil mungkin kita pernah bercita-cita menjadi orang yang berjaya lagi kaya.Khayalan ini membuat kita telah melupakan hal yang sederhana dan sesungguhnya banyak mengandungi kebahagiaan.
Ada orang yang merasa bahagia apabila mereka berjaya sama ada dalam pelajaran mahupun kerjaya.Manusia jenis ini tidak terlalu menilai kejayaan melalui kebendaan tetapi lebih menumpu untuk meraih keberhasilan(achievements) dalam segala bidang yang ditekuninya.
Di samping itu ada juga manusia yang merasa bahagia jika ia dapat bersama dengan seseorang yang dicintai atau dengan kata lain telah menemukan cinta sejatinya dan dan membentuk keluarga yang bahagia.Selain ketiga jenis manusia tadi masih ada lagi jenis yang lain dengan definasi bebeza tentang kebahagiaan dan kejayaan.

Pintu Bahagia Sentiasa Ada..


  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain dibukakan.Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.
  • Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangannya.Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.
  • Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan.Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
    Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.Kata-kata yang penuh cinta dan dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas
  • Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  • Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,mereka yang disakiti hatinya,mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.Justeru,hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.
  • Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan.Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
  • Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang,sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Monday, August 25, 2008





















Salam Kedamaian Buat Semua...
Agak lama juga saya menyepikan diri..Bukannya merajuk atau apa cuma keadaan waktu yang tidak mengizinkan.Kesibukan di pusat rawatan saya telah membataskan saya untuk menulis..Tetapi setelah sebulan tidak menjenguk blog ini,hari ini saya cuba untuk meluangkan waktu untuk menulis pengalaman saya sebagai juruterapi.Salah seorang pesakit yang berjaya saya rawat telah sembuh dengan izin Allah S.W.T.
- Kanak-kanak ini berumur 8 tahun,Marshitah namanya.Ibu dan bapanya adalah OKU.Tetapi Marshitah cukup sifat dan sangat comel.Penyakit Marshitah sebelum ini ialah matanya yang kabur,tidak dapat melihat dengan jelas,bila terkena cahaya matahari penglihatannya langsung tidak nampak,selalu sakit kepala serta panas baran.Tetapi setelah mendapat rawatan reiki,lebih kurang 5 bulan,beliau kini telah sihat sepenuhnya dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.Tidak lagi ponteng sekolah kerana sakit serta matanya tidak lagi kabur.Marshitah rajin memakan ubat yang saya syorkan dan dia nampaknya semakin ceria.