Monday, August 25, 2008





















Salam Kedamaian Buat Semua...
Agak lama juga saya menyepikan diri..Bukannya merajuk atau apa cuma keadaan waktu yang tidak mengizinkan.Kesibukan di pusat rawatan saya telah membataskan saya untuk menulis..Tetapi setelah sebulan tidak menjenguk blog ini,hari ini saya cuba untuk meluangkan waktu untuk menulis pengalaman saya sebagai juruterapi.Salah seorang pesakit yang berjaya saya rawat telah sembuh dengan izin Allah S.W.T.
- Kanak-kanak ini berumur 8 tahun,Marshitah namanya.Ibu dan bapanya adalah OKU.Tetapi Marshitah cukup sifat dan sangat comel.Penyakit Marshitah sebelum ini ialah matanya yang kabur,tidak dapat melihat dengan jelas,bila terkena cahaya matahari penglihatannya langsung tidak nampak,selalu sakit kepala serta panas baran.Tetapi setelah mendapat rawatan reiki,lebih kurang 5 bulan,beliau kini telah sihat sepenuhnya dan dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.Tidak lagi ponteng sekolah kerana sakit serta matanya tidak lagi kabur.Marshitah rajin memakan ubat yang saya syorkan dan dia nampaknya semakin ceria.

No comments: