Thursday, May 29, 2008

HIDUP ADALAH PILIHAN.



"Setiap pagi,aku bangun dan berkata pada diriku'Aku adalah insan yang hebat dan luar biasa bagus'.Akulah magnet yang menarik seluruh kekayaan di alam maya ini.Rezeki memang mudah dengan aku setiap hari.Aku selalu memilih untuk selalu berada dalam suasana yang baik.Tiap kali sesuatu kejadian,aku dapat memilih untuk menjadi mangsa atau aku belajar dari kejadian itu.Aku selalu memilih belajar dari hari itu.Setiap kali jika ada orang mengeluh kepadaku,aku dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau aku mengambil positifnya dan aku selalu memilih positifnya".Hidup adalah pilihan.Tika kamu membuang seluruh masalah,setiap keadaan adalah sebuah pilihan.Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk.Itu adalah pilihanmu,bagaimana kamu hidup.

KETAWA....


Sekali tertawa,pening kepala pun hilang.
Dua kali tertawa,benci pun sirna.
Tiga kali tertawa,persolan lari.
Empat kali tertawa,penyakit sembuh.
Lima kali tertawa,jadi awet muda.
Enam kali tertawa,hati penuh sukacita.

SENYUM....



Sekali senyum curiga hilang,

Dua kali senyum,jadi sahabat.

Tiga kali senyum,hati penuh damai.

Empat kali senyum,beban jadi ringan,

Lima kali senyum,rezeki datang.

Enam kali senyum,keluarga rukun.

Pentingnya sekuntum senyuman.....

Senyuman ibarat cahaya yang keluar dari tingkap diri anda.Ia melambangkan keperibadian anda.Walaupun hidup ini singkat namun senyuman hanya mengambil masa sesaat.Di sebalik tangisan ada senyuman di belakangnya.Senyuman mampu menceriakan hari-hari yang suram.Teman yang baik adalah yang sentiasa melemparkan senyuman di belakang anda dan bukannya menikam anda dari belakang.Berilah senyuman kepada kawan anda yang tidak tersenyum.Sebuah senyuman bermula dengan sepasang bibir dan melebar hingga ke mata namun senyuman boleh menjadi ketawa.Ketawa yang sebenar lahir dari jiwa yang bahagia,mampu menceriakan suasana keseluruhannya.

Kerana senyuman anda,anda telah menjadikan hidup ini Indah....Sering kali kita memperkecilkan kuasa senyuman.Senyum adalah bahasa cinta.Senyuman adalah cara paling murah menukar wajah anda.Senyuman adalah bahasa yang sama digunakan oleh seluruh manusia.Senyuman mesra adalah bahasa manusia sejagat.....

Ia juga dijual untuk sesiapa yang berminat untuk membeli dengan harga RM 25.00 tidak termasuk harga pos.Telah diprogramkan dengan aurara BULAN.

Tuesday, May 27, 2008

Garam Bukan Sekadar Bahan Masakan

Garam turut mempunyai manfaat lain yang sangat penting dalam aspek kecantikan dan kesihatan.Antaranya ialah:
  • Mandian Garam

Adakah anda terasa penat atau tidak bertenaga?Ambil masa yang terluang untuk merawat tubuh badan anda melalui rawatan mandian garam.Mandian ini mempunyai kesan yang sama dengan perawatan penggelupasan kulit.Selain menanggalkan sel-sel kulit mati,mandian ini turut menyahtoksid serta melancarkan sistem peredaran darah.Ia membantu menghilangkan sakit-sakit sendi dan melegakan keletihan yang dialami oleh tubuh badan akibat kehilangan tenaga.Sebelum melakukan perawatan ini,sapukan minyak zaitun ke seluruh tubuh atau sebarang minyak kesukaan anda.Kemudian gosok tubuh anda dengan sabun garam.Minyak zaitun digunakan bagi menggantikan air.Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit untuk memastikan segala khasiat garam dan minyak meresapi kulit.Setelah itu,bilas dengan air.Untuk mendapatkan khasiat yang berterusan jangan campurkan bahan kimia selepas mandi.Antara haruman semulajadinya ialah jasmin,lavender dan sebagainya.Garam essensial merupakan salah satu produk spa tradisional di samping harganya yang murah.Tujuan mandian garam ini juga adalah untuk menghilangkan segala kepenatan dan kelenguhan di samping mengeluarkan racun dari dalam tubuh.Racun ini akan dibuang melalui pori-pori kulit dan perpeluhan.Dari segi metafizik dan perubahan alternatif pula,mandian garam turut melindungi tubuh daripada perkara-perkara yang bersifat mistik atau ghaib.Dari pelbagai bentuk kaedah mandian,mandian garam adalah yang paling murah perbelanjaannya.Namun begitu,bagi mereka yang mengalami penyakit hipertensi adalah tidak dibenarkan melakukan mandian garam kerana sifat garam yang boleh meningkatkan tekanan darah.

Bagaimana cara mandian garam ini dilakukan?Dua hingga tiga sudu besar garam kristal yang telah dicampurkan bersama 'essential oil' ditaburkan ke dalam 'bath tub'.Kemudian,rendamlah tubuh badan anda sekurang-kurangnya 20 minit dan seterusnya bilas tubuh badan dengan air suam.

  • Perawatan Kaki

Garam juga turut digunakan dalam perawatan kaki agar sentiasa sihat dan cantik.Sesiapa pun menginginkan kaki yang sihat,cantik,halus dan indah bukan?Selain pergi ke spa atau salun kecantikan,perawatan kaki juga boleh dilakukan sendiri di rumah.Caranya mudah sahaja:

-Rendamlah kaki anda dengan air suam yang yang dicampurkan dengan garam.Sebaiknya dengan menggunakan garam 'essential' bercampur rempah ratus.Gunakan 'eseential oil' yang akan memberikan keharuman khas yang menenangkan seperti 'lemon grass',halia,lemon dan 'tea tree oil'.Khasiatnya ialah untuk mencerahkan kaki,menghilangkan sengal-sengal serta mencegah tumit kaki yang kering-kering dan pecah-pecah.

Rawatan Mandian Garam(Apa itu Mandian Garam)

Tujuan mandian garam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh bahkan juga untuk merawat kecantikan,menyembuhkan penyakit serta menyegarkan tubuh.Salah satu bahan kimia atau kosmetik yang digunakan dalam ritual mandian tersebut adalah garam atau dikenali sebagai 'bath salts'.Kaedah ini sudah popular sejak dahulu lagi.Pada zaman dahulu orang berendam di dalam sumber air panas yang banyak mengandungi unsur garam atau 'natrium klorida' dan sulfur.Mandian air garam membantu menghilangkan kepenatan dan menjadikan tubuh segar kembali.

Hasil Rawatan

  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Membantu toksid,gas dan asid dalam badan.
  • Menambahkan kandungan oksigen darah dan membantu melancarkan peredaran darah.
  • Mengurang rasa lenguh kaki ketika berdiri lama dan kekejangan urat belikat dan tengkuk ketika bangun tidur.
  • Berupaya mencairkan darat yang pekat(sesuai untuk pesakit darah tinggi dan kebas kaki serta tangan).
  • Meredakan sakit gout,migrain,gastrik dan ulser.
  • Membantu mengaktifkan sistem pankreas ke arah penyembuhan kencing dan melegakan kesakitan disebabkan gigitan serangga berbisa.

Lakukan selama tujuh hari berturut-turut

"Rawatan ini perlu dilakukan tujuh hari berturut-turut kerana kita perlu mengimbangkan kembali frekuensi atau aura dalam badan kita.Setiap dari kita mempunyai aura yang berbeza-beza.Waktu rawatan yang paling baik adalah selepas waktu Isyak kerana aura badan kita berada dalam keadaan baik iaitu tubuh badan dan minda kita berada dalam keadaan relaks.

Keistimewaan garam(Caranya)

  • Ambil baldi atau besen(warna merah tidak boleh)yang boleh dimasukkan ke dua belah kaki.Masukkan air kira-kira panas buku lali.
  • Masukkan satu sudu besar garam kristal dan kacau mengikut arah lawan jam.
  • Masukkan kedua belah kaki dimulai dengan kaki kanan dahulu ke dalam air campuran tersebut.
  • Akhir sekali setelah selesai rendaman,sepuluh losen ke atas kaki bertujuan mengelak kulit kaki mengelupas.

Keistimewaan garam

Rawatan ini amat baik bagi mereka yang menderita sakit urat saraf atau kecederaan lama.Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan oleh pesakit-pesakit.Ambil sedikit garam kristal ini dan diletakkan di atas lidah sebelum dan selepas makan.Garam ini boleh juga dicampurkan ke dalam segelas air sejuk dan diminum.Untuk kesan yang baik,jadikan ia minuman biasa untuk seisi keluarga pada setiap masa(jangan guna air suam atau air panas).Boleh juga ditaburkan ke atas makanan dan buah-buahan.
Penggunaan garam ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah s.a.w iaitu 'Allah telah menurunkan empat keberkatan dari langit ke Bumi:besi,api,air dan garam.'Dan Hadith lain pula"Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam,Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit,yang paling kurang ialah kusta,sakit perut,dan sakit gigi.Bakinya Allah saja yang maha mengetahui.

GARAM KRISTAL(Kenali Garam)

Garam yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan tubuh badan mengandungi 48 elemen nutrien yang sangat diperlukan oleh manusia setiap hari.Ia juga bersih dan terhindar dari sebarang jenis pencemaran.Beza antara garam laut dan dan garam gunung adalah sebaliknya dan kerana itu menjadi lebih aktif dan larut dengan cepat di dalam ais.Garam kristal ini dilombong dipergunungan Pakistan dan telah berusia 250 juta tahun.

Sunday, May 25, 2008

Cincin Batu Zamrud untuk dijual..(yang terhangat di pasaran)

Batu Zamrud yang bernilai tinggi dengan ikatan yang sesuai dengannya.Kelebihan batu ini membantu merawat sistem Hart chakra.Ia juga mampu memberi ketenangan kepada si pemakainya.Kelebihan yang lainnya akan saya ceritakan kepada anda jika anda berminat untuk membelinya..Sila hubungi saya.

Batu Zamrud

Ini adalah salah satu daripadanya..

Koleksi peribadi cincin saya

Ini adalah beberapa koleksi peribadi saya utk tatapan pengunjung-pengunjung blog saya.Jika berminat.boleh hubungi saya.Saya juga menerima tempahan mengikut citarasa anda.

Satu anugerah Allah buat saya

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah anugerah yang tak terhingga buat saya..Baby saya yang comel dan satu keistimewaan pada telinganya mempunyai kalimah Allah.

Kelebihan Kebesaran Allah S.W.T..

Satu anugerah buat Muhammad Saifullah Muzhaffar Bin Mohd Kasyfullah..

Satu anugerah buat Muhammad Saifullah Muzahffar Bin Mohd Kasyfullah..

Cincin yang mempunyai Kalimah Allah

Cincin yang mempunyai Kalimah Allah

Burung cenderawasih dalam batu cincin

Burung Cenderawasih dalam batu cincin

Berpeluang memegang burung cenderawasih

Kenangan saya bersama Master Hazil dan IQBC..

Saya telah mengikuti program Nur Reiki Salam sebanyak 4 kali.Sepanjang saya bersama Master Hazil mengikuti program tersebut,banyak pengalaman manis yang saya lalui sepanjang program tersebut.
Program pertama saya di Damai Laut.Program yang kedua NRS di Pulau Pangkor dan seterusnya NRS yang ketiga di Pulau Lang Tengah,Terengganu dan yang seterusnya di Pulau Langkawi yang telah memberikan saya suatu pengalaman mistik yang tidak dapat saya lupakan kerana kehadiran saya dan rakan disambut oleh penduduk kampung dengan paluan kompang menyambut kedatangan saya dan rakan.
Hanya orang-orang yang tertentu sahaja mempunyai kelebihan yang dapat melihat dan merasai kehadiran mereka.Pada tempat yang pertama,iaitu di kilang gamat,di kawasan kawah memasak minyak,semasa saya sedang melakukan tapping,saya nampak 2 hulubalang yang menunjukkan tanda bagus kepada saya dan menyuruh saya ke makam mahsuri.Mereka memberitahu saya yang kedatangan saya dan rakan sepenjuangan saya iaitu kawan baik saya,En.Fadzil Bin Deraman amat dinantikan oleh Pandakmaya dan Mahsuri sekeluarga.Saya rasa seolah saya bermimpi di siang hari.
Destinasi yang seterusnya adalah ke makam mahsuri.Sampainya saya disana,saya terus menonton slide tayangan kisah mahsuri bersama dengan Fadzil dan pada waktu itu,ada satu gelombang tenaga yang menarik saya agar beredar dari situ dan saya pun mengajak Fadzil ke makam mahsuri.Di sana kami duduk berdekatan dengan makam mahsuri sambil menikmati buah pisang yang diletakkan di situ.Alangkah terkejutnya pada ketika itu Mahsuri menjelmakan wajahnya seketika pada saya dan Fadzil.'Fuyoh!!!Cantiknya..'aku tergamam seketika.
Kemudian saya dan Fadzil melakukan tapping rescue 56 di kawasan makam mahsuri.Rasa energi pada ketika itu cukup bertenaga.Isteri saya hanya dapat merasakan kehadiran Mahsuri di situ melalui gerak hatinya.Seterusnya,kami melawat ke kawasan rumah mahsuri dan membasahkan wajah kami dengan air perigi mahsuri.Pada saya ini adalah satu pengalaman yang begitu berharga sepanjang saya mengikuti nur reiki salam.Selepas itu kami terus ke cable car.Saya bersama-sama coach yang kacak.Siapa lagi kalau bukan coach Ammar.
Sampai di atas,kami merasakan udaranya yang begitu nyaman dan menikmati alam semulajadi.Pada waktu itu,saya pun terus membuat healing.Saya merasakan ketenangan,kedamaian,kaheningan yang amat mendamaikan jiwa.Alangkah bestnya jika setiap hari dapat berada di sana.
Energi di sekeliling cukup bertenaga.Setelah itu kami terus check in di hotel Pantai Chenang.


Kenangan Terindah

Pusat Rawatan Aura & Spa Saya

Kenali Pusat Rawatan saya

Terletak di Bandar Perda,Bukit Mertajam bersebelahan dengan Bank Islam.Jemputlah datang ke sini untuk mendapatkan rawatan.Saya sedia membantu anda.
Jenis-jenis rawatan yang disediakan di pusat rawatan ini seperti:

1) Rawatan utk menstabilkan aura-RM 66.00
2) Rawatan utk jarak jauh(termasuk semua jenis penyakit)- RM 90.00
3) Rawatan reiki utk kanak-kanak-RM 36.00
4) Khidmat nasihat mengenai batu permata-RM 61.00
5) Rawatan aura 9-RM 90.00
6) Khidmat kaunseling-RM 20.00(Sejam)

RAWATAN UTK MENSTABILKAN AURA
-Untuk menstabilkan warna dalam diri anda
-Untuk memberi ketenangan kepada sistem bioenergi anda
-Untuk memancarkan seri wajah anda

RAWATAN UTK JARAK JAUH
-Rawatan ini khas utk pelanggan yang tidak dapat hadir ke pusat rawatan perlu MMS gambar pesakit serta beri tarikh lahir dan nama penuh.

RAWATAN REIKI UTK KANAK-KANAK
-Untuk menstabilkan sistem rohani dan jasmani.
-Membuang segala unsur-unsur negatif.

RAWATAN AURA 9
-Rawatan ini dilakukan pada setiap bulan penuh.
-Rawatan ini merangkumi seluruh tenaga yang mewakili 7 petala Bumi,7 petala langit serta 4 penjuru alam.
-Biasanya rawatan ini terbuka utk 15 orang sahaja.

Ucapan Terima Kasih saya

Pertama kalinya,jutaan terima kasih kepada tok guru saya,Master Hazil yang telah mengajar dan membimbing saya dalam bidang perawatan ini.Tanpa anda,saya tidak akan menjadi seperti hari ini.Segala budi baik MASTER akan saya kenang hingga ke akhir hayat dan terima kasih yang tak terhingga buat isteri saya yang tidak pernah jemu untuk terus memberi sokongan kepada saya.Sebagai pengamal reiki,telah banyak pengalaman yang saya sudah lalui dalam memberi rawatan kepada pelanggan saya,pelbagai dugaan yang harus saya tempuhi.Juga kenangan indah saya bersama Master Hazil dan IQBC.Insyaallah,saya akan menjadi pengamal reiki yang terbaik dan semoga saya dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan khidmat saya.


Monday, May 19, 2008

"Menjemput" gelombang penyembuhan Alam


Asalamualaikum...

Salam Namaste...

Saya dipanggil Master Kasyfullah atau juga di panggil Master Pak Lah adalah seorang pengamal penyembuhan terapi energi Reiki yang mempunyai pusat penyembuhan bertempat di Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Bagaimanapun. melalui blog ini saya akan menawarkan pelbagai perkhidmatan penyembuhan dengan menggunakan kaedah perubatan alternatif terapi energi Reiki dan juga tradisional Melayu. Perkhidmatan yang saya berikan meliputan secara jarak dekat dan juga melalui jarak jauh atau "distant healing".

Saya juga menyediakan perkhidmatan menjual dan memberi nasihat dari segi menyediakan "batu permata" dan kristal yang sesuai berdasarkan TARIKH LAHIR dan AURA sesseorang individu yang boleh membantu melancarkan pelbagai aspek kehidupan Insan.

InshaAllah, saya akan membuat perkongsian pelbagai ilmu dan maklumat yang berguna untuk mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lanjut perkhidmatan dan ilmu yang saya tawarkan.

Sekian...muga ada diberkati dengan aura kedamaian.