Tuesday, May 27, 2008

Garam Bukan Sekadar Bahan Masakan

Garam turut mempunyai manfaat lain yang sangat penting dalam aspek kecantikan dan kesihatan.Antaranya ialah:
  • Mandian Garam

Adakah anda terasa penat atau tidak bertenaga?Ambil masa yang terluang untuk merawat tubuh badan anda melalui rawatan mandian garam.Mandian ini mempunyai kesan yang sama dengan perawatan penggelupasan kulit.Selain menanggalkan sel-sel kulit mati,mandian ini turut menyahtoksid serta melancarkan sistem peredaran darah.Ia membantu menghilangkan sakit-sakit sendi dan melegakan keletihan yang dialami oleh tubuh badan akibat kehilangan tenaga.Sebelum melakukan perawatan ini,sapukan minyak zaitun ke seluruh tubuh atau sebarang minyak kesukaan anda.Kemudian gosok tubuh anda dengan sabun garam.Minyak zaitun digunakan bagi menggantikan air.Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit untuk memastikan segala khasiat garam dan minyak meresapi kulit.Setelah itu,bilas dengan air.Untuk mendapatkan khasiat yang berterusan jangan campurkan bahan kimia selepas mandi.Antara haruman semulajadinya ialah jasmin,lavender dan sebagainya.Garam essensial merupakan salah satu produk spa tradisional di samping harganya yang murah.Tujuan mandian garam ini juga adalah untuk menghilangkan segala kepenatan dan kelenguhan di samping mengeluarkan racun dari dalam tubuh.Racun ini akan dibuang melalui pori-pori kulit dan perpeluhan.Dari segi metafizik dan perubahan alternatif pula,mandian garam turut melindungi tubuh daripada perkara-perkara yang bersifat mistik atau ghaib.Dari pelbagai bentuk kaedah mandian,mandian garam adalah yang paling murah perbelanjaannya.Namun begitu,bagi mereka yang mengalami penyakit hipertensi adalah tidak dibenarkan melakukan mandian garam kerana sifat garam yang boleh meningkatkan tekanan darah.

Bagaimana cara mandian garam ini dilakukan?Dua hingga tiga sudu besar garam kristal yang telah dicampurkan bersama 'essential oil' ditaburkan ke dalam 'bath tub'.Kemudian,rendamlah tubuh badan anda sekurang-kurangnya 20 minit dan seterusnya bilas tubuh badan dengan air suam.

  • Perawatan Kaki

Garam juga turut digunakan dalam perawatan kaki agar sentiasa sihat dan cantik.Sesiapa pun menginginkan kaki yang sihat,cantik,halus dan indah bukan?Selain pergi ke spa atau salun kecantikan,perawatan kaki juga boleh dilakukan sendiri di rumah.Caranya mudah sahaja:

-Rendamlah kaki anda dengan air suam yang yang dicampurkan dengan garam.Sebaiknya dengan menggunakan garam 'essential' bercampur rempah ratus.Gunakan 'eseential oil' yang akan memberikan keharuman khas yang menenangkan seperti 'lemon grass',halia,lemon dan 'tea tree oil'.Khasiatnya ialah untuk mencerahkan kaki,menghilangkan sengal-sengal serta mencegah tumit kaki yang kering-kering dan pecah-pecah.

No comments: