Wednesday, July 9, 2008

TERIMA KASIH......
















  • Terima kasih yang tidak terhingga buat MASTER HAZIL diatas segala ilmunya,yang telah membawa saya pulang ke pangkal jalan,sebelum saya tersesat jauh dalam mendalami ilmu reiki sebelumnya.Semoga dihalalkan ilmu Master kepada saya.

  • Terima Kasih buat Master SU kerana telah banyak membantu saya dalam segala hal.

  • Terima Kasih yang tidak terhingga buat isteri yang sentiasa memahami dan tetap bersabar dengan apa jua keadaan serta sentiasa menyokong saya.

  • Terima Kasih juga buat IBUMERTUA ku dan keluaga kerana sentiasa mendoakan saya.Doa mak buat saya di mekah dulu amat saya hargai.

  • Terima Kasih juga buat semua juruterapi yang lain yang bersama-sama saya dan sentiasa membantu dan taniah juga buat ANDA semua diatas kejayaan bersama.

  • Terima Kasih juga buat IQBC, diatas Anugerah Khas-Bagi kategori Sepenuh Masa Kawasan Utara juga Aza yang tahan melayan kerenah saya.Tidak lupa untuk Dr.Devi yang sudi datang ke Pusat Rawatan satu masa dahulu dan juga kawan baik saya yang sentiasa bersama saya..Encik Fadzil bin Deraman.

TARIKH 28 JUNE 2008

Apa yang selalu saya paparkan dalam blog saya adalah satu motivasi buat diri saya sebenarnya dalam perjalanan hidup saya mencari ilmu sehingga saya menjadi Pengamal Reiki.
Semua orang mempunyai tarikh istimewa,begitu juga dgn Master G saya ,satu hadiah sempena hari kelahirannya pada 25June,satu kejayaan buatnya iaitu kejayaan melahirkan hasil kerjanya dalam sebuah buku iaitu AURA PENYEMBUHAN REIKI pada 28 june 2008 dan hari itu jugalah hari yang bersejarah buat saya kerana telah bergelar Juruterapi Reiki Bio-Energy.
Pada malam tersebut..saya amat berbesar hati kerana orang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat selain dari isteriku hadir bersama iaitu AYAHKU. Terima kasih juga buat Mak dan Paklong yang turut sama.
Pada saya inilah saat yang saya tunggu selama tiga tahun dalam menuntut ilmu-SATU KEJAYAAN!!!! tetapi bukan disini sahaja penamatnya.Saya harus sentiasa belajar dan terus belajar menuntut ilmu sebanyak mana yang boleh supaya dapat menjadi pengamal Reiki yang terbaik diantara yang terbaik.

Tuesday, July 8, 2008

RAMA-RAMA DAN BUNGA

Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Allah memberinya kaktus dan ulat.Dia berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberiannya bebeza daripada permintaannya.
Kemudian dia berfikir:Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh ,lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan.Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.Dan daripada ulat yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua pekara dengan betul!!Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,Percayalah...Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan..Allah tidak gagal memenuhi permintaan hambanya.Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok...Inilah selalu yang saya amalkan,setiap dugaan dan rintangan saya harungi dengan IKHLAS,REDA DAN PASRAH..Saya sentiasa berusaha dan seterusnya bertawakal dan kemudian berserah...dalam setiap perkerjaan saya.

Monday, July 7, 2008

9 Cara Bina Keyakinan Diri

1.Pakailah pakaian yang membuat anda berasa yakin.Orang yang paling memikirkan pakaian anda adalah diri anda sendiri.Jika anda merasa tidak terlihat baik,maka itu akan mempengaruhi pembawaan anda.

2.Berjalanlah dengan lebih cepat dan penuh dengann bertenaga.

3.Perhatikan postur dan bahasa tubuh anda,sentiasalah tampil dengan penuh yakin.

4.Dengarkanlah kata-kata yang bermotivasi.Kata-kata motivasi yang terbaik adalah dari dalam diri anda sendiri.Berkata-katalah didepan cermin,ini selalu saya buat.

5.Bersyukurlah.Sediakan waktu khusus untuk itu,solat berdoa dan bermuhasaabah.

6.Hargailah dan pujilah orang lain.

7.Duduklah di barisan depan kecuali di kerusi vip,bila dalam majlis.

8.Berbual-bual jika anda rasakan perbualan anda itu pekara yang baik,jika tidak lebih baik berdiam diri.

9.Biasakan memberi,bersedekahlah,beramal atau memberi sumbangan.


Berfikiran Positif

Walau dalam keadaan apa jua,didik diri anda sentiasa berfikiran positif,mereka yang sentiasa optimis semasa mudanya dijangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang pesimis.Mereka yang selalu moody,berfikiran negetif dan mudah tertekan mempunyai tindak balas aktif terhadap vaksin yang sentiasa ceria.
Oleh itu biar bagaimana susah sekali pun,anda adalah dinasihatkan agar sentiasa mencuba untuk sentiasa berfikiran positif.Selain baik untuk imej diri,berfikiran positif merupakan bonus utama kearah kesihatan yang lebih baik.

Sunday, July 6, 2008

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih2,menghimpit anda,Ucapkanla:Lailahaillallah..

Di setiap tempat,pasti Anda Temukan kegelapan dalam kehidupan Anda.Kewajipan Anda hanyalah menyalakan Lampu untuk Menerangi Anda Sendiri.

Jangan Biarkan Ada sudut gelap dalam kehidupan Anda kerana cahaya itu sudah Ada dan Anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.

Sesulit Apa pun Persoalan pasti akan menjadi mudah dengan senyuman orang2 yang percaya diri.

Jangan Anda hiraukan segala sesuatu Yang Tidak Mampu Anda selesaikan,sebagai penggantinya-Curahkanlah waktu Anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu Yang mampu anda perbaiki..

SEDIKIT...SEDIKIT...SEDIKIT...

Dalam hidup ini berhati-hatilah kerja,agar lepas dari celaka.Selesai kerja berehatlah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.Sampai rumah gembiralah sedikit,agar keluarga senang.Ada masalah tenanglah sedikit agar,agar tidak salah langkah.Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.Hidup bermasyarakat pedulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.Dan...jadi orang cincai sedikit,agar tidak stress..

Thursday, July 3, 2008

BELAJAR DARI MASA LALU....

Tidak seorang pun yang sempurna bukan? Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan adalah orang yang bijak.Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah.Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah pekara kecil berbanding dengan apa yang berada dalam diri kita sendiri.Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya,dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan.Apabila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan datang,percayalah kita tidak memiliki hari ini untuk di syukuri.Justeru,jika anda terfikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut bererti anda sudah berada dijalan yang benar menuju KEJAYAAN!!!!!