Wednesday, July 9, 2008

TARIKH 28 JUNE 2008

Apa yang selalu saya paparkan dalam blog saya adalah satu motivasi buat diri saya sebenarnya dalam perjalanan hidup saya mencari ilmu sehingga saya menjadi Pengamal Reiki.
Semua orang mempunyai tarikh istimewa,begitu juga dgn Master G saya ,satu hadiah sempena hari kelahirannya pada 25June,satu kejayaan buatnya iaitu kejayaan melahirkan hasil kerjanya dalam sebuah buku iaitu AURA PENYEMBUHAN REIKI pada 28 june 2008 dan hari itu jugalah hari yang bersejarah buat saya kerana telah bergelar Juruterapi Reiki Bio-Energy.
Pada malam tersebut..saya amat berbesar hati kerana orang yang sentiasa memberi sokongan dan semangat selain dari isteriku hadir bersama iaitu AYAHKU. Terima kasih juga buat Mak dan Paklong yang turut sama.
Pada saya inilah saat yang saya tunggu selama tiga tahun dalam menuntut ilmu-SATU KEJAYAAN!!!! tetapi bukan disini sahaja penamatnya.Saya harus sentiasa belajar dan terus belajar menuntut ilmu sebanyak mana yang boleh supaya dapat menjadi pengamal Reiki yang terbaik diantara yang terbaik.

No comments: