Thursday, July 3, 2008

BELAJAR DARI MASA LALU....

Tidak seorang pun yang sempurna bukan? Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan adalah orang yang bijak.Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah.Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah pekara kecil berbanding dengan apa yang berada dalam diri kita sendiri.Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya,dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan.Apabila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan datang,percayalah kita tidak memiliki hari ini untuk di syukuri.Justeru,jika anda terfikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut bererti anda sudah berada dijalan yang benar menuju KEJAYAAN!!!!!

No comments: