Tuesday, July 8, 2008

RAMA-RAMA DAN BUNGA

Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Allah memberinya kaktus dan ulat.Dia berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberiannya bebeza daripada permintaannya.
Kemudian dia berfikir:Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh ,lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakan.Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.Dan daripada ulat yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua pekara dengan betul!!Cara Allah sentiasa cara yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,Percayalah...Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan..Allah tidak gagal memenuhi permintaan hambanya.Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh DURI hari ini adalah BUNGA hari esok...Inilah selalu yang saya amalkan,setiap dugaan dan rintangan saya harungi dengan IKHLAS,REDA DAN PASRAH..Saya sentiasa berusaha dan seterusnya bertawakal dan kemudian berserah...dalam setiap perkerjaan saya.

No comments: