Tuesday, August 26, 2008

Kebahagiaan Sejati..

Banyak orang yang sukar mendapatkan kebahagiaan kerana mereka mencari kebahagiaan 'semu',iaitu kebahagiaan yang yang hanya dirasakan apabila mereka berhasil mendapatkan atau meraih sesuatu yang di luar dirinya.'Sesuatu' itu mungkin berupa harta benda,populariti,nama baik,harga diri,kekuasaan dan lain-lain.Apabila seseorang mendefinasikan kebahagiaan seperti ini,maka kebahagiaan yang diperoleh adalah kebahagiaan yang bersifat sementara dan berlangsung dalam tempoh yang singkat.
Banyak yang tidak menyedari bahawa kebahagiaan dapat digali dari dalam diri sendiri.Apabila seseorang telah berhasil menemukan kebahagiaan yang ada dalam dirinya,maka orang itu akan selalu merasa bahagia dalam biar apa pun terjadi.
Kebahagiaan ini tercapai apabila kita selalu berasa tenang,damai dan ceria dalam segala situasi.Orang yang telah menemukan kebahagiaan dalam dirinya biasanya dapat menerima kenyataan tentang apa yang terjadi dengan besar hati.

1 comment:

hafiz said...

Salam pak lah! Selamat hari Raya Idulfitri! Maaf atas segala salah dan silap! semoga terus makmur! aman! bahagia! dan dibanyakkan rezeki!