Saturday, February 28, 2009

SALAM KEDAMAIAN PADA TAHUN 2009 INI..

Salam Kedamaian,

Hampir 6 bulan lamanya,saya menyepi diri dari blog ini,harap2 semuanya masih ingat akan saya dan ternanti2 update blog dari saya,expesially to Lynda and Fatimah.Terima kasih atas sokongan.Terlalu banyak yang berlaku dalam kehidupan sejak saya menyepi diri.Last sekali saya posting pada bulan Ogos,bermulanya Ramadhan,agak sibuk menjaga anak sebenarnya,sbb isteri saya sibuk dengan projek jual serunding...Pada malamnya setelah solat terawih sy pula ada sesi rawatan jarak jauh..Alhamdulillah..rezeki tetap ada.Namun menjelang syawal kedua sy kehilangan ayahanda tercinta kerana serangan jantung..taktau nak cakap perasaan saya diketika itu..setelah pemergian ayah,saya sudah tiada sesiapa lagi melainkan isteri dan anak2 sahaja..Setelah hampir sebulan pemergian ayah,pada bulan november..saya sibuk pula menghadiri kenduri kahwin saudara di rawang di samping sibuk dgn pusat rawatan..selesai kenduri, pada pertengahan december saya ke IQBC shah alam,menghadiri reunion warga2 IQBC..kemudian pada 25 december 2008,Master Hazil serta keluarga dan warga kerja IQBC berkunjung ke Penang..singahlah mereka semua di pusat rawatan saya.Terima kasih diatas kunjungan.
Keesokannya kami ke air terjun di taiping..sepetang bersama Master Hazil dan keluarga...

No comments: