Thursday, March 19, 2009

SENI ITU INDAH..

Melukis gambar,menghias bilik,menggubah bunga,menulis sajak,memasak,membakar biskut dan kek.Kesemua ini merupakan di antara aktiviti yang melibatkan sentuhan seni.Kepuasan yang anda rasai saat anda menyudahkan kesemua aktiviti ini adalah rahsia untuk hidup sihat dan lama.Sememangnya aktiviti-aktiviti sebegini memberikan kuasa mutlak kepada anda untuk menentukan apa yang hendak dilakukan.Hal ini sekali gus membuatkan anda berasa tenang,bebas dan tidak terikat dengan apa-apa,buat seketika.Ia juga merupakan resepi yang sesuai untuk melakukan sesuatu dengan jayanya.Jelas sekali,seni itu indah...

No comments: