Saturday, November 14, 2009

DELIMA RAJA PERMATA

Ada pendapat mengatakan bahawa permata delima adalah raja permata, sementara ada pendapat lain mengatakan bahawa berlian adalah raja permata. Menurut ahli kitab Injil, batu delima adalah yang paling berharga semasa tuhan mencipta 12 batu permata lain di dalam dunia ini.

Di dalam bahasa purba Sanskrit, batu delima dikenali dengan nama Ratnaraj atau Ratnanayaka yang bermaksud Raja Permata. Di antara hujah yang mengatakan bahawa batu delima lebih bernilai daripada berlian (diamond) adalah kerana harganya. Sebagai contoh, pada bulan Mei tahun 1995, sebuah syarikat pelelong terkenal di Geneva iaitu Sotheby telah menjual delima Burma seberat 27.37 karat pada harga US$4 juta (RM 15.2 juta), kira-kira US$146.145 (RM555.351) bagi setiap karat. Manakala sebiji berlian bersaiz buah pir seberat 102 karat hanya berharga US$125.000 (RM475.000) sahaja.

Sumber batu delima yang paling terkenal ialah di Myanmar, dimana lombong-lombong delimanya dikatakan adalah lebih tua dari sejarah tamadun manusia sendiri. Ini adalah kerana peralatan perlombongan dari zaman purba batu dan zaman purba gangsa telah dijumpai di sekitar lombong tersebut.

Penulis pernah menziarahi tempat-tempat menjual batu delima dari Myanmar dan penulis sempat membeli seketul batu delima yang belum diproses semasa berada di sempadan Myanmar.

Permata delima yang terbaik di Myanmar datangnya daripada daerah Mogok. Namun perjalanan ke Mogok adalah agak sukar kerana kedudukannya agak jauh ke utara Myanmar. Tambahan pula, sistem pengankutannya sangat sukar dan jalan-jalannya sangat teruk.

1 comment:

what is reiki ? said...

I liked your blog a lott,i found your blog today and i was glad that i did, because your articles have made up a big impression on me. thx for posting these helpfull informations. smiles
reiki