Friday, November 13, 2009

SEJARAH ZAMRUD

Zamrud adalah diantara salah satu permata yang menjadi kesayangan ramai peminat permata dengan warnamya yang menarik dan sejarahnya yang panjang selain daripada delima dan nilam.

Sejarah kuna Egypt telah menemui batu permata zamrud ini sebelum zaman pemerintahan Cleopatra iaitu di kawasan pergunungan padang pasir di antara sungai Nil dan Laut Merah. Kawasan ini sekarang dinamakan Lombong Zamrud Cleopatra. Walaupun zamrud telah lebih dahulu ditemui di Egypt tetapi ianya tidak dapat menandingi zamrud daripada Colombia, dari segi kecantikannya.

Apabila orang-orang Sepanyol mula datang ke South America, mereka terkejut dengan kecantikan permata zamrud ini, lalu mereka memasarkannya ke seluruh dunia. Pada mulanya, pasaran terbesar adalah di India kerana pada ketika itu zamrud belum ditemui di India. Zamrud telah mendapat tempat di kalangan orang-orang kaya di India , termasuklah rajanya iaitu Shah Jehan. Penjualan zamrud di India sangat terkenal dan laris serta kekal sehingga ribuan tahun.

Disamping warnanya yang menarik, zamrud juga mempunyai khasiat dan nilai-nilai perubatan. Mengikut pengkaji zamrud di India, batu permata ini mampu menghilangkan sakit mata dan penawar kepada keracunan. Untuk menjadikan zamrud lebih berkesan untuk tujuan perubatan, mereka mengukir ayat-ayat hikmat pada permukaan zamrud yang besar. Sebagai contoh, pada masa pemerintahan Raja Mogul di tahun 1695, zamrud seberat 217 karat telah diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan dijahit di hujung serban Mogul Ampayer Aurang Zeb.

Dari segi nilai perubatan, zamrud amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sakit mata, sejuk kaki tangan, demam kuning, kencing manis, henti pendarahan an menghilangkan ketegangan.

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

No comments: