Saturday, November 14, 2009

DELIMA

DELIMA

Pada tahun 1992, delima telah ditemui di Utara Vietnam iaitu di daerah Nghe An, sebuah daerah yang agak mundur dan berada di bawah kawalan tentera. Apabila batu delima ini ditemui, pedagang-pedagang permata delima dari Thailand telah datang untuk membeli dengan harga tunai. Harga untuk sebiji permata ialah delima Vietnam ini boleh mencecah harga ribuan ringgit. Di Burma, delima telah mula dicari pada tahun 1579 oleh pembunuh upahan di daerah Molmeik. Di Mogok, setiap permata yang dijumpai adalah milik raja dan permaisuri. Kegagalan untuk menyerahkan batu delima yang besar kepada raja boleh membawa kepada kematian.

Pada tahun 1661, Nga Mauk seorang pelombong telah menjumpai seketul permata delima yang cantik. Ketika dalam perjalanan ke istana, delima tersebut telah patah. Oleh itu, Nga Mauk telah menyerahkan sebahagian dari delima tersebut kepada raja dan menjual sebahagian lagi kepada orang lain. Selepas itu, raja telah mengadakan majlis keramaian di istana di Mandalay. Di dalam majlis tersebut, baginda telah menunjukkan kepada orang ramai kecantikan batu delima tersebut. Tiba-tiba, seorang pedagang India telah berkata bahawa batu delima tersebut hanya separuh. Raja menjadi murka dan memerintahkan agar Nga Mauk ditangkap. Selepas itu, Nga Mauk telah dibakar hidup-hidup di Laung Zin yang bermakna pentas ketakutan.

Pada tahun 1885, delima Nga Mauk telah hilang. Ini berlaku selepas kerajaan British menggulingkan Raja Thibaw, raja terakhir Myanmar dan menutup istana di Mandalay. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan British telah merampas dan memotong delima tersebut untuk diletakkan pada mahkota raja mereka. Sementara pendapat yang lain menyatakan bahawa delima Nga Mauk telah dicuri oleh orang gaji Raja Thibaw.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Sempurna. Dari Allah sesuatu itu datang, kepada sesuatu itu kembali.

Penulis bernasib baik kerana berjaya mendapat seketul batu permata delima Mogok yang masih berada di dalam keadaan asal iaitu belum diproses. Sungguhpun Mogok adalah tempat terdapatnya delima terbaik dunia, namun tidak kesemua permata delima Mogok itu cantik dan tinggi kualitinya, kerana di Mogok itu sendiri terdapat berbagai jenis kualiti permata delima. Delima yang dimiliki pemilik bukanlah dari yang baik kualitinya, tetapi penulis bersyukur kerana berjaya memiliki sebutir permata delima daripada Mogok.

No comments: