Friday, November 13, 2009

PERMATA NILAM

PERMATA NILAM ( SAPHIRE )

Bahan asas kepada pembentukan nilam dan delima ialah Corundum iaitu sejenis bahan kimia yang tidak mempunyai warna. Ia terdiri daripada Aluminium Oxide. Titanum dan Iron terkandung di dalamnya semasa pembentukan kristal nilam yang menghasilkan warna biru yang menarik dari jenis Corundum. Krisal nilam biasanya dijumpai dalam bentuk Hexagonal Bipyramids.

Nilam kuning mula dijumpai di Australia. Di Queensland pula, dijumpai nilam hijau. Manakala nilam pink, nilam oren dan nilam violet yang mempunyai warna yang menarik telah dijumpai di kawasan perlombongan di Sri Lanka. Permata nilai jenis Bungacorn mendapat tempat di pasaran kerana warna birunya yang amat cantik.

Permata nilam yang cantik terdapat di Kashmir, Thailand dan Tanzania. Permata nilam berwarna bitu tua seakan-akan metalik pula ditemui di Montana, USA.

Untuk beberapa abad, kesemua permata berwarna biru dinamakan nilam. Oleh itu, agak sukar untuk mengenali jenis-jenis permata ini hinggalah kini kita mengenalinya melalui nama.

Diketahui bahawa permata Nilam adalah permata yang paling digemari oleh ketua-ketua Kristia, misalnya keyua paderi iaitu Pope Innocont III menggunakan nilam sebagai kepala tongkat dan dilingkari emas padu. Agama Buddha berpendapat bahawa permata nilam dapat digunakan untuk mencapai makam ketenangan di dalam ibadah. Mengikut kepercayaan Hindu, permata nilam boleh menyihatkan badan, memberi kebahagiaan dan mempunyai kuasa penyembuh yang kuat.

Salah seorang raja nama yang bernama St.John pernah memakai sebentuk cincin bertakhta permata nilam yang besar. Beliau diserang peromak, lalu beliau menanggalkan cincin itu dan diberikan kepada perompak tersebut. Selepas beberapa tahun, beliau telah dilawati oleh sekumpulan pengembara dari Jurussalem. Mereka mengatakan bahawa mereka telah diarahkan untuk mengembalikan semula cincin raja tersebut. Mereka menceritakan bahawa perompak tersebut telah melihat beliau di dalam Syurga. Raja tersebut terkejut dan baliau merasakan bahawa umur beliau tidak panjang lagi.

200 tahun selepas kematian raja tersebut, kerandanya telah dibuka. Apa yang mengejutkan, tubuh beliau masih elok dan langsung tidak terjejas serta cincin nilam tersebut masih dijarinya. Cincin itu kemudiannya disimpan di Westminer Abbey dan diberikan kawalan yang ketat. Mengikut kepercayaan, sesiapa saja yang menyentuh permata nilai tersebut akan ditimpa penyakit lumpuh ataupun lemah ingatan. Sekarang, permata nilam tersebut dilekatkan di mahkota raja British.

Pada abad ke 14, seorang bishop bernama Epiphanus telah membuat kajian perubatan ke atas permata nilam. Menurut beliau, seandainya permata nilam ditumbuk halus lalu dicampurkan dengan susu, ia boleh menyembuhkan penyakit ulser. Selain daripada itu, permata nilam merupakan antidote kepada sengatan berbisa, meredakan demam, masalah kulit, ulser perut, masalah plag gigi dan sebagai sedative iaitu penenang fikiran. Mengikut Petrus Hispanus ( Pope John XXI ) 1276-77, nilam mempunyai kuasa penyembuhan mata yang sangat mujarab.

No comments: