Thursday, November 12, 2009

ZAMRUD [ EMERAID ]

KETURUNAN MARICAN DAN PERNIAGAAN PERMATA ZAMRUD

Sebenarnya,kalau kita mengkaji sejarah para mubaligh Islam dan ahli perniagaan daripada India yang berlayar datang untuk berhijrah ke tanah Jawi pada masa dahulu;selain daripada membawa rempah-ratus,mereka juga turut membawa batu-batu permata, misalnya permata Zamrud.

Salah seorang pedagang yang datang ke Tanah Jawi pada waktu itu ialah moyang kepada penulis iaitu Sheikh Mohd Ghaus Marican Bin Mira Husain Marican Bin Mohd Ali Marican Bin Hashim Marican Bin Hisham Marican. Faktor inilah menyebabkan penulis sendiri mewarisi perniagaan batu permata.

Kalau kita imbas kembali perniagaan permata zamrud di negara India pada masa dahulu, memanglah ia dimonopoli oleh keluarga berketurunan Marican. Di dalam bahasa Tamil, zamrud dipanggil marakatham, dan dipanggil juga pachai. Oleh kerana perniagaan zamrud dimonopoli oleh keluarga Marican, maka permata ini disebut Marican Pachai iaitu zamrud Marican.

Mengikut sejarah India, zamrud mendapat nama melalui seorang pelayar yang juga pedagang keturunan Marican dari Pondicherry yang telah membawa barang dagangannya dengan menaiki sebuah kapal. Tiba-tiba, angin kencang telah telah mengubah haluan kapalnya menuju ke sebuah pulau. Setibanya di pulau tersebut, semua anak kapal telah berehat sementara menunggu ribut reda. Semasa mereka bermesyuarat untuk menentukan arah perjalanan seterusnya, pedagang tersebut terpandang kepada seketul batu hijau. Beliau telah mengarahkan anak-anak kapalnya memahat dan mengangkut semua batu hijau tersebut ke kapal untuk dibawa pulang ke Pondicherry.Oleh kerana beliau tidak tahu nilai batu hijau tersebut, dia telah menyusun ketulan-ketulan permata zamrud di sepanjang jalan ke rumahnya agar para tetamu tidak memijak selut ketika musim hujan.

Semasa perniagaannya maju, ramai kenalan datang ke rumahnya untuk berbincang tentang perniagaan.
Nasib tidak menyebelahi pedagang tersebut kerana perniagaannya merosot hingga beliau terpaksa menjual sebahagian barang perniagaannya dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja. Pada ketika itu,perniagaannya bertambah teruk.

Pada suatu hari, seorang saudagar dari China telah datang ke Pondicherry tersebut. Saudagar tersebut menjalankan perniagaan batu permata,mutiara dan coral.Saudagar tersebut singgah ke rumah pedagang tadi untuk berbincang urusan perniagaan kerana dia tidak tahu bahawa pedagang tadi sedang dilanda masalah perniagaan. Apabila sampai di hadapan rumah pedagang tersebut, saudagar dari China itu merasa sangat terkejut melihat permata zamrud disusun di atas tanah di hadapan rumah pedagang tersebut.Saudagar dari China ini menyangka bahawa pedagang ini sangat kaya-raya hinggakan permata zamrud disusun di atas tanah sahaja.

Apabila bertemu, pedagang itu memberitahu kepada saudagar dari China bahawa beliau akan berhenti dari berniaga kerana perniagaannya semakin merosot. Saudagar dari China tersebut melarangnya, malah meminta unruk membeli dua ketul permata zamrud dengan harga yang tinggi. Pedagang Marican tersebut terkejut kerana selama ini beliau menyangka bahawa tidak mungkin saudagar dari China itu sanggup membeli batu hijau tersebut dengan harga yang tinggi. Saudagar dari China tersebut meyakinkannya bahawa dengan menjual dua ketul permata zamrud, pedagang tersebut akan kembali hidup senang dan seterusnya menjelaskan hutang-hutangnya.Akhirnya, saudagar dari China itu membeli dua ketul permata zamrud dari pedagang Marican itu.

Setelah 10 tahun permata zamrud tersebut berada di hadapan rumah pedagang itu, barulah dia tahu bahawa batu tersebut sangat bernilai.Beliau telah mengorek semua permata zamrud tersebut dan menyimpannya di dalam bilik khas di rumahnya. Pedagang tersebut cuba pergi mencari pulau di mana batu-batu hijau itu ditemui tetapi belai gagal.Beliau telah menjual habis stok permata zamrud di rumahnya dan menjadi oang yang paling kaya di India.

Di India, batu zamrud boleh diemui di Tamilnadu, Rajsthan, Kangeyem di dalam daerah Coimbatore dan di Irumbuthipatti, Iyer, Malai, Pothu Ravuthanpatti dan Panchpatti, semuanya berdekatan dengan Kulithakii.Di Rajasthan,zamrud boleh ditemui di Udaipor dan Ajmer.

No comments: