Wednesday, June 11, 2008

ISTERIKU...

Itu hanyalah luahan rasa seorang suami...pada saya saya sudah cukup bertuah kerana telah dikurniakan seorang isteri yang begitu memahami diri saya..Saya sangat berterimakasih kepadanya kerana telah banyak berkorban masa dan tenaga demi untuk melihat saya berjaya.Dia sanggup naik turun ke shah alam bersama saya demi untuk mencari ilmu...pergorbanannya meninggalkan perniagaan restoran yang telah diusahakannya selama 7 tahun hanya untuk bersama sama saya membangunkan PUSAT RAWATAN AURA DAN SPA POSITIF sangat sangat saya hargai dan berjanji akan membayar balik segala pergorbanan itu dengan sebuah Kejayaan...Nilai Kudrat seorang wanita yang ALLAh kurniakan begitu besar sekali...Saya melihat bagaimana dia begitu sabar menguruskan kerjakerja rumah kemudian ke kedai kami serta menjaga anak,urusan akan pakai saya,dia juga yang uruskan tanpa ada pembantu..Semoga ALLAH memberi rahmat kepadanya...Dialah isteri,kawan dan juga musuh..Dimana ada saya,disitulah ada dia..semoga rumahtangga kami kekal bahagia selamanya....

20..Luahan Perasaan Suami...

  1. "Isteriku,Iktiraflah kelakianku".
  2. "Isteriku,jagalah rumahku."
  3. "Isteriku,Janganlah leteri aku."
  4. "Isteriku,fahamilah perasaanku"
  5. "Isteriku berbincanglah dangan ku".
  6. "Isteriku,hiasilah dirimu"
  7. "Isteriku,Berlemah lembutlah denganku"
  8. "Isteriku,Hargailah pemberian ku"
  9. "Isteriku,berterusterang dan berkomunikasilah denganku"
  10. "Isteriku,jagalah makan minumku"
  11. "Isteriku,jagalah pakaianku"
  12. "Isteriku,didiklah anak2ku"
  13. "Isteriku,railah keluagaku"
  14. "Isteriku,sembunyikanlah kepintaran &kelebihanmu"
  15. "Isteriku,janganlah membuang masamu".
  16. "Isteriku,janganlah banyak kerenah."
  17. "Isteriku,patuhilah padaku"
  18. "Isteriku,janganlah cemburu buta"
  19. "Isteriku,tunjukkanlah sifat sabarmu"
  20. "Isteriku,Bantulah kejayaanku..."

Lagi Tip Untuk Lelaki Yang Bergelar Suami....

  • Isteri adalah manusia yang dilahirkan dgn perasaan yang beremosi,mereka akan berasa gembira apabila mereka hidup dgn tenang dan aman.
  • Dalam hubungan suami isteri,kita perlu berbincang dan menerima juga pendapat isteri walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi.
  • Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada isteri,luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik,ini memberi semangat kepadanya untuk terus "berhidmat" kepada anda.
  • Sesiapa sahaja akan gembira jika di beri hadiah,tambahan lagi pada isteri,tidak perlu hadiah mahal tetap kalau mahal lagi bagus,makin sayang isteri kat kita.
  • Cuba penuhi hajat isteri,jika dia ingin melancong,tapi tak mampu untuk keluar negeri,cukuplah jika dapat membawanya ke Langkawi...Boleh tapping,ernergi Mahsuri,makin cantik isteri kita nanti...
  • Sekali sekala,cuba take over tugas isteri..kita pulak yang masak dan uruskan rumah..Bagi isteri rehat...tentu dia bangga dapat suami seperti anda....

Tip ini bukan untuk ANDA sahaja tetapi juga untuk diri saya agar dapat membentuk satu keluaga bahagia....semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dan sentiasa belajar dari masa lalu....

Sunday, June 8, 2008

Tips suami romantik....


Cubalah tip-tip di bawah,saya dah cuba sampai isteri saya yang makan jamu saya yang ketandas berkali-kali..lembik badan saya dibuatnya..saya tanya dia berapa biji nonaroguy yang dia telan,dia jawap enam biji,masya-allah..patutlah saya ke tandas berkali-kali,dia yang makan jamu saya turut jadi mangsa tapi tak pa juga walaupun letih kurang-kurang dapat lah menurunkan perut saya yang makin nak membuncit nie.. anda tahu kenapa jadi macam tu..Kerana Dua Hati Jadi Satu,jadi anda cubalah tip-tip menjadi suami romantik,jika tidak menjadi juga,datanglah berjumpa saya,itu tandanya anda perlukan rawatan..Kita boleh buat Rawatan Reiki,untuk merawat semula lubuk jiwa hati anda....

Untuk Seorang LELAKI yang Bergelar SUAMI.....

Saya seorang suami seperti Anda...Ingin Kongsi Tip bersama anda..Tip untuk Menjadi Tip suami Romantik...
  • Utamakan isteri dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam hidup.Biarkan dia rasa dirinya adalah yang terpenting dalan hidup anda.
  • Sebaik pulang dari kerja ambil masa beberapa saat untuk memberi pelukan kasih sayang pada isteri.
  • Sesekali berikan pujian pada isteri anda..pasti dia gembira.
  • Cubalah peka dengan perubahan yang dia cuba lakukan walaupun kecil dan berikan pujian yang sewajarnya.
  • Bila ada kesempatan,belilah hadiah buat isteri pasti perasaannya makin sayang kepada anda apatah lagi hadiah itu diberi secara kejutan.
  • Beradalah disisinya disaat dia memerlukan anda dan berilah sokongan serta semangat kepadanya.
  • Jika isteri anda jatuh sakit,ambil berat,duduk disampingnya dan peganglah tangannya serta usaplah rambutnya perlahan-lahan,pasti cepatlah dia baik...
  • Jangan mengharapkan pasangan anda untuk bersikap romantis jika anda sendiri tidak bersikap demikian,kasih sayang adalah saling memberi dan menerima.
  • Sesekali tinggalkan nota kecil kepadanya walaupun sekadar menulis "I Love You"..pasti hatinya berbunga punya...
  • Sesekali cuba mengimbau kenangan saat-saat bercinta dahulu,tentu isteri anda akan rasa syahdu punya..rupa-rupanya anda masih mengingati kenangan lalu,maklumlah orang lelaki nie jarang nak ingat benda-benda remeh-temeh nie....
  • Tidak kira ulang tahun perkahwinan utau kelahiran,tunjukan bahawa anda mengambil berat tentang hari tersebut dan melayannya dengan istimewa.
  • Sebagai tanda anda turut menghargainya sebagai ibu kepada anak-anak anda,beri layanan istimewa kepadanya sempena hari ibu.pasti dia terharu...
  • Anda hanya memerlukan dua minit sahaja untuk menyatakan rasa sayang anda pada isteri tidak kira melalui sms atau telefon.
  • Kadangkala suami terlalu sibuk untuk mendengar luahan isteri perasaan isteri,cubalah beri perhatian bila mereka cuba meluahkan isi hati dan ini membuatkan mereka berasa anda mengambil berat tentang mereka.
  • Jika isteri berasa sedih atau bimbang,pujuk dan peganglah tangannya dan pinjamkan bahu anda sebagai tempat dia menangis walaupun dia mungkin tak minta.
  • Walaupun secantik mana pun anda melihat wanita lain,yakinkan perasaan anda bahawa perasaan anda hanya untuk isteri anda sahaja.
  • Ada suami yang sukar untuk memuji isterinya tapi tahu kah anda bahawa pujian itulah yang boleh tingkatkan keyakinannya.
  • Sesekali lakukan aktiviti kerja rumah bersama seperti sidai kain atau mengemas rumah..pasti dia menghargai anda..bab sidai kain,saya selalu buat..kalau isteri nak p kelas arobik,siap saya jaga baby lagi...He..He..He..