Monday, July 7, 2008

9 Cara Bina Keyakinan Diri

1.Pakailah pakaian yang membuat anda berasa yakin.Orang yang paling memikirkan pakaian anda adalah diri anda sendiri.Jika anda merasa tidak terlihat baik,maka itu akan mempengaruhi pembawaan anda.

2.Berjalanlah dengan lebih cepat dan penuh dengann bertenaga.

3.Perhatikan postur dan bahasa tubuh anda,sentiasalah tampil dengan penuh yakin.

4.Dengarkanlah kata-kata yang bermotivasi.Kata-kata motivasi yang terbaik adalah dari dalam diri anda sendiri.Berkata-katalah didepan cermin,ini selalu saya buat.

5.Bersyukurlah.Sediakan waktu khusus untuk itu,solat berdoa dan bermuhasaabah.

6.Hargailah dan pujilah orang lain.

7.Duduklah di barisan depan kecuali di kerusi vip,bila dalam majlis.

8.Berbual-bual jika anda rasakan perbualan anda itu pekara yang baik,jika tidak lebih baik berdiam diri.

9.Biasakan memberi,bersedekahlah,beramal atau memberi sumbangan.


Berfikiran Positif

Walau dalam keadaan apa jua,didik diri anda sentiasa berfikiran positif,mereka yang sentiasa optimis semasa mudanya dijangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang pesimis.Mereka yang selalu moody,berfikiran negetif dan mudah tertekan mempunyai tindak balas aktif terhadap vaksin yang sentiasa ceria.
Oleh itu biar bagaimana susah sekali pun,anda adalah dinasihatkan agar sentiasa mencuba untuk sentiasa berfikiran positif.Selain baik untuk imej diri,berfikiran positif merupakan bonus utama kearah kesihatan yang lebih baik.

Sunday, July 6, 2008

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih2,menghimpit anda,Ucapkanla:Lailahaillallah..

Di setiap tempat,pasti Anda Temukan kegelapan dalam kehidupan Anda.Kewajipan Anda hanyalah menyalakan Lampu untuk Menerangi Anda Sendiri.

Jangan Biarkan Ada sudut gelap dalam kehidupan Anda kerana cahaya itu sudah Ada dan Anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.

Sesulit Apa pun Persoalan pasti akan menjadi mudah dengan senyuman orang2 yang percaya diri.

Jangan Anda hiraukan segala sesuatu Yang Tidak Mampu Anda selesaikan,sebagai penggantinya-Curahkanlah waktu Anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu Yang mampu anda perbaiki..

SEDIKIT...SEDIKIT...SEDIKIT...

Dalam hidup ini berhati-hatilah kerja,agar lepas dari celaka.Selesai kerja berehatlah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.Sampai rumah gembiralah sedikit,agar keluarga senang.Ada masalah tenanglah sedikit agar,agar tidak salah langkah.Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.Hidup bermasyarakat pedulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.Dan...jadi orang cincai sedikit,agar tidak stress..

Thursday, July 3, 2008

BELAJAR DARI MASA LALU....

Tidak seorang pun yang sempurna bukan? Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan adalah orang yang bijak.Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah.Apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di hadapan kita adalah pekara kecil berbanding dengan apa yang berada dalam diri kita sendiri.Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya,dapat menghancurkan masa kini dengan berasa khuatir tentang masa depan.Apabila kita mengisi hati dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa-masa yang akan datang,percayalah kita tidak memiliki hari ini untuk di syukuri.Justeru,jika anda terfikir tentang hari kemarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut bererti anda sudah berada dijalan yang benar menuju KEJAYAAN!!!!!