Saturday, November 14, 2009

DELIMA

DELIMA

Pada tahun 1992, delima telah ditemui di Utara Vietnam iaitu di daerah Nghe An, sebuah daerah yang agak mundur dan berada di bawah kawalan tentera. Apabila batu delima ini ditemui, pedagang-pedagang permata delima dari Thailand telah datang untuk membeli dengan harga tunai. Harga untuk sebiji permata ialah delima Vietnam ini boleh mencecah harga ribuan ringgit. Di Burma, delima telah mula dicari pada tahun 1579 oleh pembunuh upahan di daerah Molmeik. Di Mogok, setiap permata yang dijumpai adalah milik raja dan permaisuri. Kegagalan untuk menyerahkan batu delima yang besar kepada raja boleh membawa kepada kematian.

Pada tahun 1661, Nga Mauk seorang pelombong telah menjumpai seketul permata delima yang cantik. Ketika dalam perjalanan ke istana, delima tersebut telah patah. Oleh itu, Nga Mauk telah menyerahkan sebahagian dari delima tersebut kepada raja dan menjual sebahagian lagi kepada orang lain. Selepas itu, raja telah mengadakan majlis keramaian di istana di Mandalay. Di dalam majlis tersebut, baginda telah menunjukkan kepada orang ramai kecantikan batu delima tersebut. Tiba-tiba, seorang pedagang India telah berkata bahawa batu delima tersebut hanya separuh. Raja menjadi murka dan memerintahkan agar Nga Mauk ditangkap. Selepas itu, Nga Mauk telah dibakar hidup-hidup di Laung Zin yang bermakna pentas ketakutan.

Pada tahun 1885, delima Nga Mauk telah hilang. Ini berlaku selepas kerajaan British menggulingkan Raja Thibaw, raja terakhir Myanmar dan menutup istana di Mandalay. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan British telah merampas dan memotong delima tersebut untuk diletakkan pada mahkota raja mereka. Sementara pendapat yang lain menyatakan bahawa delima Nga Mauk telah dicuri oleh orang gaji Raja Thibaw.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Sempurna. Dari Allah sesuatu itu datang, kepada sesuatu itu kembali.

Penulis bernasib baik kerana berjaya mendapat seketul batu permata delima Mogok yang masih berada di dalam keadaan asal iaitu belum diproses. Sungguhpun Mogok adalah tempat terdapatnya delima terbaik dunia, namun tidak kesemua permata delima Mogok itu cantik dan tinggi kualitinya, kerana di Mogok itu sendiri terdapat berbagai jenis kualiti permata delima. Delima yang dimiliki pemilik bukanlah dari yang baik kualitinya, tetapi penulis bersyukur kerana berjaya memiliki sebutir permata delima daripada Mogok.

Friday, November 13, 2009

NILAM SRI LANKA

Bilamana kita memperkatakan tentang delima, sudah tentu kita teringatkan Myanmar, bila kita memperkatakan tentang batu nilam, kita tidak akan lupa dengan negara Sri Lanka yang begitu kaya dengan batu-batu permatanya yang bermacam-macam jenis. Batu nilam daripada Sri Lanka adalah merupakan yang palinh baik di dunia.

Warna biru yang terdapat pada batu nilam adalah kerana terdapatnya titanium dan iron di dalamnya. Batu nilam daripada Sri Lanka dan Nepal hampir sama terlalu sukar untuk membezakannya kecuali mereka ynag mengenali ciri-cirinya. Batu nilam (sapphire) diambil dari bahasa Greek iaitu Sapphirus. Dalam bahasa kuno, ianya dipanggil Sauriratna di Sri Lanka.

Sekarang, kebanyakan permata nilam dari Sri Lanka yang terbaik berada di Smithsonian Institute di New York.
NILAM BINTANG ( STARSAPHIRE )

Asas kepada pembentukan nilam dan delima adalah corundum. Pada kelazimannya, corundum mempunyai rutile (TiO2) yang baik. Susunan jalur mengikut kaedah symetry untuk menjadi bentuk kristal. Pembentukan batu ini terjadi apabila suhu jatuh. Oleh kerana titanium (TiO2) tidak boleh larut di dalam aluminium oxide (AI2O3), maka terebentuklah dua elemen kristal yang berbeza. Batu nilam ini akan dipotong dalam bentuk cabochon dengan ukuran diameternya yang agak besar dan selari mengikut ukuran pusatnya berlandaskan prismanya. Maka kelihatanlah biasan berbintang enam.

Pembentukan bintang enam yang baik pada batu delima dan nilam adalah bergantung kepada kemahiran memotong dan mengilatkannya dalam bentuk symetry. Jalur-jalur bintang enam ini boleh berpusing-pusing manakala titik tengahnya adalah tetap. Jika batu permata bintang enam tersebut tidak mempunyai titik silang yang tetap, nilainya lebih rendah. Permata delima bintang dan nilam bintang hanya boleh ditemui di Myanmar sahaja, manakala corundum bintang boleh ditemui di Sri Lanka. Selalunya ia berwarna biru muda.

PERMATA NILAM

PERMATA NILAM ( SAPHIRE )

Bahan asas kepada pembentukan nilam dan delima ialah Corundum iaitu sejenis bahan kimia yang tidak mempunyai warna. Ia terdiri daripada Aluminium Oxide. Titanum dan Iron terkandung di dalamnya semasa pembentukan kristal nilam yang menghasilkan warna biru yang menarik dari jenis Corundum. Krisal nilam biasanya dijumpai dalam bentuk Hexagonal Bipyramids.

Nilam kuning mula dijumpai di Australia. Di Queensland pula, dijumpai nilam hijau. Manakala nilam pink, nilam oren dan nilam violet yang mempunyai warna yang menarik telah dijumpai di kawasan perlombongan di Sri Lanka. Permata nilai jenis Bungacorn mendapat tempat di pasaran kerana warna birunya yang amat cantik.

Permata nilam yang cantik terdapat di Kashmir, Thailand dan Tanzania. Permata nilam berwarna bitu tua seakan-akan metalik pula ditemui di Montana, USA.

Untuk beberapa abad, kesemua permata berwarna biru dinamakan nilam. Oleh itu, agak sukar untuk mengenali jenis-jenis permata ini hinggalah kini kita mengenalinya melalui nama.

Diketahui bahawa permata Nilam adalah permata yang paling digemari oleh ketua-ketua Kristia, misalnya keyua paderi iaitu Pope Innocont III menggunakan nilam sebagai kepala tongkat dan dilingkari emas padu. Agama Buddha berpendapat bahawa permata nilam dapat digunakan untuk mencapai makam ketenangan di dalam ibadah. Mengikut kepercayaan Hindu, permata nilam boleh menyihatkan badan, memberi kebahagiaan dan mempunyai kuasa penyembuh yang kuat.

Salah seorang raja nama yang bernama St.John pernah memakai sebentuk cincin bertakhta permata nilam yang besar. Beliau diserang peromak, lalu beliau menanggalkan cincin itu dan diberikan kepada perompak tersebut. Selepas beberapa tahun, beliau telah dilawati oleh sekumpulan pengembara dari Jurussalem. Mereka mengatakan bahawa mereka telah diarahkan untuk mengembalikan semula cincin raja tersebut. Mereka menceritakan bahawa perompak tersebut telah melihat beliau di dalam Syurga. Raja tersebut terkejut dan baliau merasakan bahawa umur beliau tidak panjang lagi.

200 tahun selepas kematian raja tersebut, kerandanya telah dibuka. Apa yang mengejutkan, tubuh beliau masih elok dan langsung tidak terjejas serta cincin nilam tersebut masih dijarinya. Cincin itu kemudiannya disimpan di Westminer Abbey dan diberikan kawalan yang ketat. Mengikut kepercayaan, sesiapa saja yang menyentuh permata nilai tersebut akan ditimpa penyakit lumpuh ataupun lemah ingatan. Sekarang, permata nilam tersebut dilekatkan di mahkota raja British.

Pada abad ke 14, seorang bishop bernama Epiphanus telah membuat kajian perubatan ke atas permata nilam. Menurut beliau, seandainya permata nilam ditumbuk halus lalu dicampurkan dengan susu, ia boleh menyembuhkan penyakit ulser. Selain daripada itu, permata nilam merupakan antidote kepada sengatan berbisa, meredakan demam, masalah kulit, ulser perut, masalah plag gigi dan sebagai sedative iaitu penenang fikiran. Mengikut Petrus Hispanus ( Pope John XXI ) 1276-77, nilam mempunyai kuasa penyembuhan mata yang sangat mujarab.

BATU ZAMRUD