Friday, November 13, 2009

SEJARAH ZAMRUD

Zamrud adalah diantara salah satu permata yang menjadi kesayangan ramai peminat permata dengan warnamya yang menarik dan sejarahnya yang panjang selain daripada delima dan nilam.

Sejarah kuna Egypt telah menemui batu permata zamrud ini sebelum zaman pemerintahan Cleopatra iaitu di kawasan pergunungan padang pasir di antara sungai Nil dan Laut Merah. Kawasan ini sekarang dinamakan Lombong Zamrud Cleopatra. Walaupun zamrud telah lebih dahulu ditemui di Egypt tetapi ianya tidak dapat menandingi zamrud daripada Colombia, dari segi kecantikannya.

Apabila orang-orang Sepanyol mula datang ke South America, mereka terkejut dengan kecantikan permata zamrud ini, lalu mereka memasarkannya ke seluruh dunia. Pada mulanya, pasaran terbesar adalah di India kerana pada ketika itu zamrud belum ditemui di India. Zamrud telah mendapat tempat di kalangan orang-orang kaya di India , termasuklah rajanya iaitu Shah Jehan. Penjualan zamrud di India sangat terkenal dan laris serta kekal sehingga ribuan tahun.

Disamping warnanya yang menarik, zamrud juga mempunyai khasiat dan nilai-nilai perubatan. Mengikut pengkaji zamrud di India, batu permata ini mampu menghilangkan sakit mata dan penawar kepada keracunan. Untuk menjadikan zamrud lebih berkesan untuk tujuan perubatan, mereka mengukir ayat-ayat hikmat pada permukaan zamrud yang besar. Sebagai contoh, pada masa pemerintahan Raja Mogul di tahun 1695, zamrud seberat 217 karat telah diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan dijahit di hujung serban Mogul Ampayer Aurang Zeb.

Dari segi nilai perubatan, zamrud amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sakit mata, sejuk kaki tangan, demam kuning, kencing manis, henti pendarahan an menghilangkan ketegangan.

Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.
ZAMRUD DAN NILAI PERUBATANNYA

Doktor Rowland telah membuat kajian pada kurun ke 17. Menurut beliau, batu zamrud sangat baik untuk mengatasi masalah penyakit hati dan masalah di bahagian kepala seperti pelupa, darah beku, penawar sengatan berbisa, kencing manis, serangan kuman di hati dan lain-lain. Mengiut kepercayaan kuno masyarakat Roman menyatakan bahawa batu zamrud baik untuk melindungi wanita yang mengandung daripada segala bahaya dan memudahkan saat wanita untuk melahirkan anak.

Thursday, November 12, 2009

ZAMRUD ROYAL HIGHNESS SIR SULTAN MOHAMMAD SHAHAGAKHAN III



Dunia permata zamrud mempunyai sejarah yang panjang dan menarik.Di dalam senarai nama permata zamrud,terdapat satu nama yang paling terkenal iaitu zamrud yang dimiliki oleh Royal Highness Sir Sultan Mohammad Shah Aga Khan III. Permata zamrud ini tidak dapat dinilai harganya. Permata zamrud ini seberat 142.20 karat. Bentuknya dihasilkan oleh Cartier atas arahan Sultan Aga Khan III pada tahun 1730. Sultan Aga Khan III meninggal dunia pada tahun 1757 ketika berusia 79 tahun. Baginda merupakan Imam ke 48 di dalam politik dan pemimpin kerohanian Syiah aliran Imami Ismaili. Permata zamrud tersebut telah diukir dengan ayat suci Al-Quran pada permukaannya dan nama Allah di belakangnya. Ayat-ayat suci ini dibaca dalam majlis kerohanian mereka iaitu majlis Toriqah .

Pada tahun 1739, Nadir Shah telah menawan Delhi dan telah merampas permata bernilai ini dan menukar namanya menjadi Darva-I-Noor. Beliau turut merampas harta milik Maharaja Mughal. Selepas itu, permata tersebut diserahkan kepada keluarga diRaja Iran dan dipegang oleh Maharaja Fath Alishah. Maharaja Fath Alishah memerintah dari tahun 1797 sehingga 1834. Beliau telah menghiasi mahkotanya dengan permata tersebut. Selepas itu, mahkota tersebut diserahkan kepada anak perempuan Maharaja Fath Alishah iaitu Kurshid Kulah. Kurshid Kulah pula menyerahkan mahkota tersebut kepada anaknya yang bernama Nawabalia Shams U1 Molouk Lady Aly Shah. Beliau kemudiannya menyerahkannya kepada anak lelakinya yang bernama Maharaja Sultan Mohammad Shah Asa Khan III.

Sekarang permata tersebut berada di muzium di Geneva. Harganya tidak boleh dinilai.

ZAMRUD [ EMERAID ]

KETURUNAN MARICAN DAN PERNIAGAAN PERMATA ZAMRUD

Sebenarnya,kalau kita mengkaji sejarah para mubaligh Islam dan ahli perniagaan daripada India yang berlayar datang untuk berhijrah ke tanah Jawi pada masa dahulu;selain daripada membawa rempah-ratus,mereka juga turut membawa batu-batu permata, misalnya permata Zamrud.

Salah seorang pedagang yang datang ke Tanah Jawi pada waktu itu ialah moyang kepada penulis iaitu Sheikh Mohd Ghaus Marican Bin Mira Husain Marican Bin Mohd Ali Marican Bin Hashim Marican Bin Hisham Marican. Faktor inilah menyebabkan penulis sendiri mewarisi perniagaan batu permata.

Kalau kita imbas kembali perniagaan permata zamrud di negara India pada masa dahulu, memanglah ia dimonopoli oleh keluarga berketurunan Marican. Di dalam bahasa Tamil, zamrud dipanggil marakatham, dan dipanggil juga pachai. Oleh kerana perniagaan zamrud dimonopoli oleh keluarga Marican, maka permata ini disebut Marican Pachai iaitu zamrud Marican.

Mengikut sejarah India, zamrud mendapat nama melalui seorang pelayar yang juga pedagang keturunan Marican dari Pondicherry yang telah membawa barang dagangannya dengan menaiki sebuah kapal. Tiba-tiba, angin kencang telah telah mengubah haluan kapalnya menuju ke sebuah pulau. Setibanya di pulau tersebut, semua anak kapal telah berehat sementara menunggu ribut reda. Semasa mereka bermesyuarat untuk menentukan arah perjalanan seterusnya, pedagang tersebut terpandang kepada seketul batu hijau. Beliau telah mengarahkan anak-anak kapalnya memahat dan mengangkut semua batu hijau tersebut ke kapal untuk dibawa pulang ke Pondicherry.Oleh kerana beliau tidak tahu nilai batu hijau tersebut, dia telah menyusun ketulan-ketulan permata zamrud di sepanjang jalan ke rumahnya agar para tetamu tidak memijak selut ketika musim hujan.

Semasa perniagaannya maju, ramai kenalan datang ke rumahnya untuk berbincang tentang perniagaan.
Nasib tidak menyebelahi pedagang tersebut kerana perniagaannya merosot hingga beliau terpaksa menjual sebahagian barang perniagaannya dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja. Pada ketika itu,perniagaannya bertambah teruk.

Pada suatu hari, seorang saudagar dari China telah datang ke Pondicherry tersebut. Saudagar tersebut menjalankan perniagaan batu permata,mutiara dan coral.Saudagar tersebut singgah ke rumah pedagang tadi untuk berbincang urusan perniagaan kerana dia tidak tahu bahawa pedagang tadi sedang dilanda masalah perniagaan. Apabila sampai di hadapan rumah pedagang tersebut, saudagar dari China itu merasa sangat terkejut melihat permata zamrud disusun di atas tanah di hadapan rumah pedagang tersebut.Saudagar dari China ini menyangka bahawa pedagang ini sangat kaya-raya hinggakan permata zamrud disusun di atas tanah sahaja.

Apabila bertemu, pedagang itu memberitahu kepada saudagar dari China bahawa beliau akan berhenti dari berniaga kerana perniagaannya semakin merosot. Saudagar dari China tersebut melarangnya, malah meminta unruk membeli dua ketul permata zamrud dengan harga yang tinggi. Pedagang Marican tersebut terkejut kerana selama ini beliau menyangka bahawa tidak mungkin saudagar dari China itu sanggup membeli batu hijau tersebut dengan harga yang tinggi. Saudagar dari China tersebut meyakinkannya bahawa dengan menjual dua ketul permata zamrud, pedagang tersebut akan kembali hidup senang dan seterusnya menjelaskan hutang-hutangnya.Akhirnya, saudagar dari China itu membeli dua ketul permata zamrud dari pedagang Marican itu.

Setelah 10 tahun permata zamrud tersebut berada di hadapan rumah pedagang itu, barulah dia tahu bahawa batu tersebut sangat bernilai.Beliau telah mengorek semua permata zamrud tersebut dan menyimpannya di dalam bilik khas di rumahnya. Pedagang tersebut cuba pergi mencari pulau di mana batu-batu hijau itu ditemui tetapi belai gagal.Beliau telah menjual habis stok permata zamrud di rumahnya dan menjadi oang yang paling kaya di India.

Di India, batu zamrud boleh diemui di Tamilnadu, Rajsthan, Kangeyem di dalam daerah Coimbatore dan di Irumbuthipatti, Iyer, Malai, Pothu Ravuthanpatti dan Panchpatti, semuanya berdekatan dengan Kulithakii.Di Rajasthan,zamrud boleh ditemui di Udaipor dan Ajmer.

Contoh2 Batu Tabasheer ..