Friday, November 13, 2009

ZAMRUD DAN NILAI PERUBATANNYA

Doktor Rowland telah membuat kajian pada kurun ke 17. Menurut beliau, batu zamrud sangat baik untuk mengatasi masalah penyakit hati dan masalah di bahagian kepala seperti pelupa, darah beku, penawar sengatan berbisa, kencing manis, serangan kuman di hati dan lain-lain. Mengiut kepercayaan kuno masyarakat Roman menyatakan bahawa batu zamrud baik untuk melindungi wanita yang mengandung daripada segala bahaya dan memudahkan saat wanita untuk melahirkan anak.

Thursday, November 12, 2009

ZAMRUD ROYAL HIGHNESS SIR SULTAN MOHAMMAD SHAHAGAKHAN III



Dunia permata zamrud mempunyai sejarah yang panjang dan menarik.Di dalam senarai nama permata zamrud,terdapat satu nama yang paling terkenal iaitu zamrud yang dimiliki oleh Royal Highness Sir Sultan Mohammad Shah Aga Khan III. Permata zamrud ini tidak dapat dinilai harganya. Permata zamrud ini seberat 142.20 karat. Bentuknya dihasilkan oleh Cartier atas arahan Sultan Aga Khan III pada tahun 1730. Sultan Aga Khan III meninggal dunia pada tahun 1757 ketika berusia 79 tahun. Baginda merupakan Imam ke 48 di dalam politik dan pemimpin kerohanian Syiah aliran Imami Ismaili. Permata zamrud tersebut telah diukir dengan ayat suci Al-Quran pada permukaannya dan nama Allah di belakangnya. Ayat-ayat suci ini dibaca dalam majlis kerohanian mereka iaitu majlis Toriqah .

Pada tahun 1739, Nadir Shah telah menawan Delhi dan telah merampas permata bernilai ini dan menukar namanya menjadi Darva-I-Noor. Beliau turut merampas harta milik Maharaja Mughal. Selepas itu, permata tersebut diserahkan kepada keluarga diRaja Iran dan dipegang oleh Maharaja Fath Alishah. Maharaja Fath Alishah memerintah dari tahun 1797 sehingga 1834. Beliau telah menghiasi mahkotanya dengan permata tersebut. Selepas itu, mahkota tersebut diserahkan kepada anak perempuan Maharaja Fath Alishah iaitu Kurshid Kulah. Kurshid Kulah pula menyerahkan mahkota tersebut kepada anaknya yang bernama Nawabalia Shams U1 Molouk Lady Aly Shah. Beliau kemudiannya menyerahkannya kepada anak lelakinya yang bernama Maharaja Sultan Mohammad Shah Asa Khan III.

Sekarang permata tersebut berada di muzium di Geneva. Harganya tidak boleh dinilai.

ZAMRUD [ EMERAID ]

KETURUNAN MARICAN DAN PERNIAGAAN PERMATA ZAMRUD

Sebenarnya,kalau kita mengkaji sejarah para mubaligh Islam dan ahli perniagaan daripada India yang berlayar datang untuk berhijrah ke tanah Jawi pada masa dahulu;selain daripada membawa rempah-ratus,mereka juga turut membawa batu-batu permata, misalnya permata Zamrud.

Salah seorang pedagang yang datang ke Tanah Jawi pada waktu itu ialah moyang kepada penulis iaitu Sheikh Mohd Ghaus Marican Bin Mira Husain Marican Bin Mohd Ali Marican Bin Hashim Marican Bin Hisham Marican. Faktor inilah menyebabkan penulis sendiri mewarisi perniagaan batu permata.

Kalau kita imbas kembali perniagaan permata zamrud di negara India pada masa dahulu, memanglah ia dimonopoli oleh keluarga berketurunan Marican. Di dalam bahasa Tamil, zamrud dipanggil marakatham, dan dipanggil juga pachai. Oleh kerana perniagaan zamrud dimonopoli oleh keluarga Marican, maka permata ini disebut Marican Pachai iaitu zamrud Marican.

Mengikut sejarah India, zamrud mendapat nama melalui seorang pelayar yang juga pedagang keturunan Marican dari Pondicherry yang telah membawa barang dagangannya dengan menaiki sebuah kapal. Tiba-tiba, angin kencang telah telah mengubah haluan kapalnya menuju ke sebuah pulau. Setibanya di pulau tersebut, semua anak kapal telah berehat sementara menunggu ribut reda. Semasa mereka bermesyuarat untuk menentukan arah perjalanan seterusnya, pedagang tersebut terpandang kepada seketul batu hijau. Beliau telah mengarahkan anak-anak kapalnya memahat dan mengangkut semua batu hijau tersebut ke kapal untuk dibawa pulang ke Pondicherry.Oleh kerana beliau tidak tahu nilai batu hijau tersebut, dia telah menyusun ketulan-ketulan permata zamrud di sepanjang jalan ke rumahnya agar para tetamu tidak memijak selut ketika musim hujan.

Semasa perniagaannya maju, ramai kenalan datang ke rumahnya untuk berbincang tentang perniagaan.
Nasib tidak menyebelahi pedagang tersebut kerana perniagaannya merosot hingga beliau terpaksa menjual sebahagian barang perniagaannya dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja. Pada ketika itu,perniagaannya bertambah teruk.

Pada suatu hari, seorang saudagar dari China telah datang ke Pondicherry tersebut. Saudagar tersebut menjalankan perniagaan batu permata,mutiara dan coral.Saudagar tersebut singgah ke rumah pedagang tadi untuk berbincang urusan perniagaan kerana dia tidak tahu bahawa pedagang tadi sedang dilanda masalah perniagaan. Apabila sampai di hadapan rumah pedagang tersebut, saudagar dari China itu merasa sangat terkejut melihat permata zamrud disusun di atas tanah di hadapan rumah pedagang tersebut.Saudagar dari China ini menyangka bahawa pedagang ini sangat kaya-raya hinggakan permata zamrud disusun di atas tanah sahaja.

Apabila bertemu, pedagang itu memberitahu kepada saudagar dari China bahawa beliau akan berhenti dari berniaga kerana perniagaannya semakin merosot. Saudagar dari China tersebut melarangnya, malah meminta unruk membeli dua ketul permata zamrud dengan harga yang tinggi. Pedagang Marican tersebut terkejut kerana selama ini beliau menyangka bahawa tidak mungkin saudagar dari China itu sanggup membeli batu hijau tersebut dengan harga yang tinggi. Saudagar dari China tersebut meyakinkannya bahawa dengan menjual dua ketul permata zamrud, pedagang tersebut akan kembali hidup senang dan seterusnya menjelaskan hutang-hutangnya.Akhirnya, saudagar dari China itu membeli dua ketul permata zamrud dari pedagang Marican itu.

Setelah 10 tahun permata zamrud tersebut berada di hadapan rumah pedagang itu, barulah dia tahu bahawa batu tersebut sangat bernilai.Beliau telah mengorek semua permata zamrud tersebut dan menyimpannya di dalam bilik khas di rumahnya. Pedagang tersebut cuba pergi mencari pulau di mana batu-batu hijau itu ditemui tetapi belai gagal.Beliau telah menjual habis stok permata zamrud di rumahnya dan menjadi oang yang paling kaya di India.

Di India, batu zamrud boleh diemui di Tamilnadu, Rajsthan, Kangeyem di dalam daerah Coimbatore dan di Irumbuthipatti, Iyer, Malai, Pothu Ravuthanpatti dan Panchpatti, semuanya berdekatan dengan Kulithakii.Di Rajasthan,zamrud boleh ditemui di Udaipor dan Ajmer.

Contoh2 Batu Tabasheer ..

Saturday, June 13, 2009

Batu Buluh( TABASHEER ) Dan Kegunaannya..


Makna Tabasheer Secara Saintifik ( Online Medical Dictionary ) A concretion in the joints of the bamboo which consists largely or chiefly of pure silica. It is highly valued in the East Indies as a medicine for the cure of billions vomitings : bloody flux, piles and various other diseases .

Batu Buluh terhasil akibat pengerasan resin atau garam buluh ( bamboo sap ) yang terjadi di dalam batangnya. Kandungan utamanya ialah organic silika( 80% lebih ) . Digunakan dalam perubatan India dan China sejak berkurun lamanya. Ada kalanya ia dikenali sebagai vegetable opal kerana sesetengahnya adalah keras dan legap( transincent ).

Sumber Botanikal: Bambousa arudinacea(Graminnae ),babousa vulgaris dan spesies buih yang lain.
Bahagian Digunakan: Batu buluh( Dikenali juga sebagai bamboos ap,tabashir atau pearl opal )
Kandungan Silika Organik: 10 kali ganda tumbuhan horsetail.

Seorang tokoh perubatan Islam yang bernama Ibnu Sina telah menggunakan batu buluh,ataupun di masa itu ianya sebagai Tabasheer. Pada ketika itu, Ibnu Sina adalah pakar bedah kepada Sultan di Turki. Pada kurun itu juga batu geliga buluh telahpun digunakan di Malaysia dan Indonesia oleh ahli-ahli herba. Mereka menghancurkan batu itu hingga menjadi serbuk yang diberi nama"Mali-Mali Rotan Jer" yang bermakna "Darah Naga Rotan". Dikalangan ahli perubatan, ia dikenali sebagai "Garam Buluh".

Pada Kurun ke-18,seorang pelayar menulis mengenai sejenis batu yang mempunyai nilai yang tertinggi terdapat di Malaysia yang mana katanya batu tersebut dapat memberikan kekuatan dan ketahanan tubuh daripada sebarang serangan. Fakta ini telahpun terbukti apabila seorang pahlawan telan menanam batu ini diantara kulit dan isinya lalu beliau pergi berperang.
Semasa peperangan,beliau adalah seorang yang kebal. Beberapa orang pelayar Portugis semasa mereka sedang belayar untuk meninggalkan Malaysia telah berpeluang berjumpa dengan mereka yang menjadi kebal setelah memakai batu buluh ini dimana mereka ini enggan menyerah kalah.

The Great Kahn menjadi marah lalu memerintahkan agar kesemua mereka itu ditangkap dan dipancung kepada mereka. Namun,sesuatu yang di luar jangkaan telah berlaku. Seramai lapan orang daripada kesemua tahanan tidak boleh dipancung kepalanya, malah untuk melukakan mereka pun tidak mungkin. Setelah disiasat, didapati mereka telah menanam geliga buluh di antara isi dan kulit mereka. Tubuh mereka langsung tidak boleh dilukai dengan sebarang besi. Selepas The Great Kahn mendapat tahu bahawa mereka boleh dibunuh menggunakan belantan kayu, maka beliau telah memerintahkan agar lapan orang tahanan tersebut dipukul dengan belantan kayu hingga mati. Selepas mereka mati, batu2 tersebut telah dicungkil dari badan mayat2 tahanan tadi. Selepas itu, batu geliga buluh tersebut menjadi sangat berharga.

Batu geliga buluh juga merupakan ubat yang paling baik untuk penyakit yang bersangkutan dengan mata, demam, sakit dalam perut dan jangkitan paru2, dan penawar sengatan berbisa.

Penulis sendiri telah melihat dan memiliki batu geliga buluh asli iaitu dalam bentuk asal dan batu cincin.

"Sesungguhnya tidak Ku jadikan alam ini melainkan dengan NUR MOHAMMAD."

SPECIFIC GRAVITI
Kekerasan: 6
Ketumpatan: 2.1
Struktur Kristal: Amor Phaus
Jenis warna: Hitam, belang2 hijau dan putih
Kandungan: Garam dan air kapur
Tempat ditemui: Hanya ALLAH jua yang maha mengetahui

Kegunaan Utama

Ubat Tenaga Batin( afrodisiak )
Penyejuk Badan( cooling Agent )
Merawat Lelah( asthma )
Menenangkan minda( relaxants )
/membersihkan Kesamaran/kekaburan( shadows )
Mengurangkan Iritasi( kerengsaan )
Merawat/kesukaran tidur( sleeplessness/imsomnia )
Penawar Bagi Keracunan( antidote )
Penawar Bagi Ilmu Sihir