Friday, June 6, 2008
KESEDARAN DIRI MENJERNIHKAN HATI
Hati kita umpama tanah tempat kita bercucuk tanam.Tanaman adalah idea,visi atau gagasan.Apabila tanah tersebut sudah tercemar dan rosak,maka tanaman juga turut rosak dan mati.Begitu juga halnya dengan idea dan gagasan,apabila tanam fikiran yang kotor maka yang tumbuh adalah tunas-tunas penyakit yang telah tercemar.Justeru,sebelum bertindak balas sesuatu permasalahan,melihat suatu peluang,menyusun rencana,atau mengambil sesuatu langkah,maka langkah terpenting dan pertama periksa dulu hati dan fikiran kita.....Apakah ia telah terbebas dari hama?
KEKUATAN AJAIB
Di Jepun para pensyarah mewajibkan pelajar mereka mengucapkan kalimat "saya Juara"! seratus kali dalam sehari dan teori ini di sebut Repetitive Magic Power.Hasil daripada pengulangan ini telah membuktikan negara Jepun sememangnya juara dalam bidang teknologi.Tanpa di sedari umat islam melakukan repetitive magic power apabila kita solat lima waktu sebanyak 270 kali dalam sebulan atau 3,240 kali setahun.Apabila kita melakukan solat 10 tahun maka kita telah melakukan repetitive magic power sebanyak 32,400 kali.Dengan jumlah pengulangan yang kita lakukan itu,seharusnya juga boleh menjadi JUARA!!!!
Banyak......
- Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
- Memberilah yang banyak agar menuai banyak.
- Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
- Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
- Lihatlah yang banyak,agar bertambah pengalaman.
- Dengarlah yang arahan,agar penuh pertimbangan.
- Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak sesat.
- Kerjalah,agar anak-anak tidak kekurangan.
- Dan....
- Banyaklah ketawa,agar awet muda.
Thursday, June 5, 2008
MENGADULAH PADANYA
Persoalan kehidupan ini banyak yang sulit.Siapa yang tidak akan bosan mendengar keluhan kita?Ya tentu saja Tuhan.Siapakah yang sesungguhnya punya penyelesaian ke atas masalah kita yang rumit dan menyesakkan itu?Ya tentu saja Allah,Tuhan kita.
Lalu bagaimana Allah akan menolong?Jalan yang paling sering adalah melalui kesempatan yang terbuka dan pertolongan manusia lain.Jadi,ketika kita 'berkeluh-kesah' kepada orang lain,carilah orang yang benar-benar boleh membantu.Hindari berkeluh kesah dengan semua orang kerana biasanya lebih banyak rugi berbanding untungnya.Berkeluh-kesah kepada sembarangan orang seringkali berakhir dengan kehinaan diri sendiri kerana aib yang terbuka kepada banyak orang.
Bila kita menyedari bahawa 'berkeluh-kesah' kepada orang lain hanya bertujuan untuk mencari penyelesaian,maka tentu kita akan pilih-pilih kepada siapa kita akan menceritakan permasalahan kita.Tentu saja hanya kepada orang-orang yang kita yakini akan menjaga nama baik kita,dan berpotensi memberikan bantuan yang kita perlukan(sebagai wujud pertolongan yang kita pinta dari Tuhan).Itupun kita sampaikan dalam bentuk 'bercerita' sahaja kepada manusia,dan sentiasa mengadu hanya kepada Tuhan,maka insya Allah akan terpelihara kemuliaan diri daripada kehinaan dalam pandangan manusia.
Jika anda menginginkan sebuah kehidupan yang tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan,maka hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan,tidak akan ada sesuatu yang membuat diri anda gentar menghadapi orang yang tidak mempunyai keyakinan sama sekali.Jangan terpancing dengan tipu daya yang mereka perbuat.Jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi pelbagai peristiwa,kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai.Sungguh kasihan mereka yang memiliki hati yang lemah,betapa berat goncangan hidup yang menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya.

14 CARA JADIKAN DIRI ISTIMEWA
- Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda
- Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
- Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
- Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun walaupun dia tidak menyukai anda.
- Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum tidur.
- Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
- Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
- Anda seorang yang istimewa dan unik.
- Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
- Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,ada hikmah di sebaliknya.
- Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,fikirlah semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.
- Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehnya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.
- Kenangilah segala pujian yang anda terima.Lupakan segala makin hamun,caci dan cela.
- Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.
NIKMATILAH KEHIDUPAN YANG ADA
Sekumpulan pelajar mengadakan perjumpaan di rumah profesor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu.Mereka berbual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stres" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.Profesor tersebut kemudiannya masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas.Ada yang diperbuat dari procelain,plastik,kaca,dan kristal.Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut ke dalam cawan yang mereka sendiri pilih.Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing,profesor itu berkata: "Jika anda semua perasan,semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil,yang tinggal hanya cawan yang biasa dan kelihatan murah.Adalah suatu yang normal anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup tetapi itulah punca kepada masalah dan stres yang anda semua hadapi".
"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi,bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik.Dan lebih teruk daripada itu,anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi.Kerjaya,wang dan kedudukan anda dalam mesyarakat adalah cawan tesebut.Cawan hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah.Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)