Saya telah mengikuti program
Nur Reiki Salam sebanyak 4 kali.Sepanjang saya bersama Master Hazil mengikuti program tersebut,banyak pengalaman manis yang saya lalui sepanjang program tersebut.
Program pertama saya di Damai Laut.Program yang kedua
NRS di Pulau Pangkor dan seterusnya
NRS yang ketiga di Pulau Lang Tengah,Terengganu dan yang seterusnya di Pulau Langkawi yang telah memberikan saya suatu pengalaman mistik yang tidak dapat saya lupakan kerana kehadiran saya dan rakan disambut oleh penduduk kampung dengan paluan kompang menyambut kedatangan saya dan rakan.
Hanya orang-orang yang tertentu sahaja mempunyai kelebihan yang dapat melihat dan merasai kehadiran mereka.Pada tempat yang pertama,iaitu di kilang gamat,di kawasan kawah memasak minyak,semasa saya sedang melakukan
tapping,saya nampak 2 hulubalang yang menunjukkan tanda bagus kepada saya dan menyuruh saya ke makam mahsuri.Mereka memberitahu saya yang kedatangan saya dan rakan sepenjuangan saya iaitu kawan baik saya,
En.Fadzil Bin Deraman amat dinantikan oleh Pandakmaya dan Mahsuri sekeluarga.Saya rasa seolah saya bermimpi di siang hari.
Destinasi yang seterusnya adalah ke makam mahsuri.Sampainya saya disana,saya terus menonton
slide tayangan kisah mahsuri bersama dengan Fadzil dan pada waktu itu,ada satu gelombang tenaga yang menarik saya agar beredar dari situ dan saya pun mengajak Fadzil ke makam mahsuri.Di sana kami duduk berdekatan dengan makam mahsuri sambil menikmati buah pisang yang diletakkan di situ.Alangkah terkejutnya pada ketika itu
Mahsuri menjelmakan wajahnya seketika pada saya dan Fadzil.'Fuyoh!!!Cantiknya..'aku tergamam seketika.
Kemudian saya dan Fadzil melakukan
tapping rescue 56 di kawasan makam mahsuri.Rasa energi pada ketika itu cukup bertenaga.Isteri saya hanya dapat merasakan kehadiran Mahsuri di situ melalui gerak hatinya.Seterusnya,kami melawat ke kawasan rumah mahsuri dan membasahkan wajah kami dengan
air perigi mahsuri.Pada saya ini adalah satu pengalaman yang begitu berharga sepanjang saya mengikuti
nur reiki salam.Selepas itu kami terus ke
cable car.Saya bersama-sama
coach yang kacak.Siapa lagi kalau bukan
coach Ammar.
Sampai di atas,kami merasakan udaranya yang begitu nyaman dan menikmati alam semulajadi.Pada waktu itu,saya pun terus membuat
healing.Saya merasakan ketenangan,kedamaian,kaheningan yang amat mendamaikan jiwa.Alangkah bestnya jika setiap hari dapat berada di sana.
Energi di sekeliling cukup bertenaga.Setelah itu kami terus
check in di hotel
Pantai Chenang.